Menu Hari Ini

Friday, July 31, 2009

Belajar Internet Marketing dengan Eric

HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: Spider

Eric aku rasa bukanlah antara nama yang terkenal sekarang ini. Design blog beliau pun tidak seberapa tetapi Eric adalah antara individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas didalam perniagaan internet khususnya dalam internet marketing. Bermula sebagai newsletter, blog Eric yang dinamakan sebagai eric's tip ini telah menjadi medium baru untuk Eric berkongsi pengetahuannya dalam perniagaan internet dan apa yang diajarnya adalah sebagai hala tuju baru untuk blog tersebut.



Apa Yang Membezakan Eric's Tip

LESSONS - Eric’s Tips_1249079332248

Secara keseluruhannya, berbeza dengan 30 days challenge yang aku perkenalkan semalam, eric's tip ini tidak memfokuskan apa yang diajarnya kepada internet marketing semata-mata. Bermula dengan membincangkan soal konsep perniagaan internet sedikit demi sedikit apa yang dibincangkan memfokus kepada potensi cabang internet business yang berlainan.

Selain itu, eric memberi support sepenuhnya kepada pembaca dengan memberi respon kepada setiap komen dan soalan yang diajukan oleh pembaca kepada beliau diakhir setiap blogpost. Tidak seperti blog besar yang lain eric mengendalikan dan menjawab komen-komen tersebut berseorangan. Hasil tulisannya untuk pelajaran ini banyak merupakah rumusan terhadap pengalamannya selama ini dan dipecahkan kepada beberapa peringkat agar mudah difahami. Menurut beliau, pelajaran ini ada sebanyak 120 yang mana terkini adalah lesson 46.

Apa Yang Eric Ajar ?

Berikut adalah senarai lesson dari blog Eric

LESSON #1: Introduction to Eric’s Tips
LESSON #2: What is an online business?
LESSON #3: Is an online business right for me?
LESSON #4: 18 Ways to Make Money Online
LESSON #5: How to Avoid Scams
LESSON #6: Self Employed or Business Owner?
LESSON #7: What kind of online business will we build?
LESSON #8: Things needed to start an online business
LESSON #9: Basic Computer Skills You Need to Have
LESSON #10: Online Business Terms Defined
LESSON #11: Who Should You Listen To?
LESSON #12: Thinking Like a Marketer
LESSON #13: Getting a Vision for Your Business
LESSON #14: Setting Goals for Your Business
LESSON #15: Creating a Business Plan
LESSON #16: How to Stay Motivated
LESSON #17: Commitment (The Choice is Yours)
LESSON #18: Should I Quit My Day Job?
LESSON #19: How to Choose a Niche (Part 1)
LESSON #20: How to Choose a Niche (Part 2)
LESSON #21: Surveying the Market & Focusing Your Topic
LESSON #22: Branding and Naming Your Product
LESSON #23: Choosing and Registering a Domain Name
LESSON #24: Choosing a Web Host
LESSON #25: Changing Name Servers & Getting to Know Cpanel
LESSON #26: Email Address on Your Own Domain
LESSON #27: 5 Ways to Build a Website
LESSON #28: Building a Website With HTML
LESSON #29: Uploading a Website Using FTP
LESSON #30: Using Web Authoring Software
LESSON #31: Using Templates and Site Builders
LESSON #32: How to Build a Membership Website
LESSON #33: Getting Started with WordPress
LESSON #34: WordPress Recommended Settings
LESSON #35: WordPress Themes and Plugins
LESSON #36: Customizing WordPress
LESSON #37: How to Make Money with Your Blog
LESSON #38: Making Money with Blogs (Part 2)
LESSON #39: Outsourcing Your Website
LESSON #40: Using Graphics On Your Website
LESSON #41: How to Put a Video on Your Website
LESSON #42: How to Put Audio on Your Website
LESSON #43: Legal Compliance & Legal Documents for Your Website
LESSON #44: Introduction to Information Products
LESSON #45: Creating an Information Product (Part 1)
LESSON #46: Creating an Information Product (Part 2)

Hala tuju pelajaran ini

Berdasarkan beberapa pelajaran terakhir mungkin kita boleh agak yang beliau akan terus mengupas topik pasal internet marketing juga dengan memfokuskan kepada menghasilkan produk sendiri terutamanya digital produk. Walaubagaimanapun adalah baik untuk terus mengikuti siri pelajaran ini kerana mungkin terdapat perkara yang menjadi rahsia oleh guru lain tetapi didedahkan eric dalam pelajaran ini. Aku fikir akhir sekali eric akan kumpul semua ini dan mungkin hasilkan ebook atau training program. Untuk itu mungkin dia akan delete segala post yang berkaitan. Sebagai rujukan aku sendiri, aku dah save segala lesson dalam bentuk pdf tapi sayangnya video-video tak dapat aku nak save (aku dah cuba guna IDM). Jadi, tahu tak cara macam mana nak save video dari website tersebut?

Boleh akses di http://www.ericstips.com/tips/category/lessons/



*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
Read more

Belajar Internet Marketing dengan 30 Day Challenge

HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: Don't Leave!

Nak memulakan perniagaan internet perlu ada basic faoundation, kenali apa dan kenapa. Kalau main redah sahaja, buat tak tentu hala tentu sekali hasilnya pun tak tentu hala. Kena ada proper plan dan strategi dan semua itu kena belajar; baca, faham dan implement. Nak belajar kena ada tempat atau guru yang mengajar. Dan guru itu pula perlulah manusia yang sudah berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini dan yang peting sekali tahu apa yang dia cakap dan dia ajar pada kita. Wealthy Affiliate adalah antara tempat terbaik untuk ini, tetapi ada beberapa lagi sumber lain yang boleh dijadikan rujukan secara percuma.



Memperkenalkan 30 Day Challenge

Training website yang diperkenal dan dibangunkan oleh Ed Dale dan Dan Raini ini memberi fokus kepada mereka yang baru memulakan perniagaan internet yang mana..

In a nutshell... The Thirty Day Challenge is about making your first $1 online. For a full 30 days we are going to be showing you exactly how to start your own Internet business and generate your first income online without spending a dime.
Dengan hanya isi nama dan email address korang boleh akses ke dalam ruang training website ini dan akan diperkenalkan satu lesson sehari selama 30 hari. Website ini mendedahkan tentang pelbagai website2.0 yang boleh digunapakai untuk perniagaan internet terutamanya untuk tujuan SEO.

Apa Yang di Ajar Dalam 30 Days Challenge?

Thirty Day Challenge_HujanEmas

Aku dah register dengan 30 days challenge ini sejak awal tahun dahulu. Hari ini aku tengok website ini sudah berubah jadi aku tak pasti samada apa yang diajar juga turut berubah. Masa aku register dulu topik yang diajar selama 30 hari tersebut adalah

30DC Lesson 1 - A Magnificent Symphony
30DC Lesson 2 - Market Research
30DC Lesson 3 - Competitive Analysis
30DC Lesson 4 - Finding Stuff to Test & Sell
30DC Lesson 5 - Getting Some Content
30DC Lesson 6 - Publishing a Blog
30DC Lesson 7 - Tracking & Analysis
30DC Lesson 8 - Social Bookmarking
30DC Lesson 9 - Backlinks & Indexing
30DC Lesson 10 - Catch Up Day & RSS Submission
30DC Lesson 11 - Build a Squidoo Lens
30DC Lesson 12 - Build a HubPages Site
30DC Lesson 13 - Assessing Blog Traffic
30DC
Lesson 14 - Catch Up Day!
30DC Lesson 16 - Creating an Ezine Article
30DC
Lesson 17 - Rest Day & Check Your Blog Rankings
30DC Lesson 18 - What Does the Data Say?
30DC Lesson 21 - More on AdWords
30DC Lesson 23 - Wordpress Autoposting Intro
30DC
Lesson 24 - Rest Day! (& Copywriting)
30DC Lesson 25 - Decision Day
30DC Lesson 26 - Monetizing Your Blog
30DC Lesson 27 - Getting More Exposure
30DC Lesson 28 - Creating Blog Authority
30DC Lesson 29 - High Authority Backlinks
30DC Lesson 30 - Mistakes Marketers Make

Jadi kalau korang register hari ini, mungkin silibus yang disentuh agak berlainan tapi aku rasa tak jauh berubah. Selain itu, 30 days challenge ini ada facebook application-nya sendiri. Boleh mula belajar terus dari facebook application itu sahaja.

Apa Pula Selepas 30 Hari ?

Sebelum aku habis 30 hari aku dah register dengan Wealthy Affiliate, jadi pelajaran dari website ini aku tidak ambil tahu sangat kerana aku banyak tumpukan pada pelajaran di Wealthy Affiliate sahaja, jadi aku pun tiada jawapan untuk soalan tersebut. Kalau korang ada jawapannya, kongsi la dalam ruang komen di bawah. Akses 30 days challenge di http://www.thirtydaychallenge.com/

Thirty Day Challenge_HujanEmas











*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
Read more

Monday, July 27, 2009

Buat Duit di Internet dengan Virtual Call Center

HujanEmas_Buat Duit di Internet dengan Virtual Call Center
Image Credit: Proof..

Sebelum ini aku ada beritahu tentang peluang buat duit di internet dengan beberapa kaedah yang mudah dan kebanyakannya tidak memerlukan pengetahuan dan kemahiran langsung dalam teknologi komputer atau internet. Antaranya..



Tapi, kalau dah kawin dan menjadi suri rumah mungkin virtual call center adalah peluang yang sesuai menyeronokkan. Nampak macam merepek, tapi belum cuba belum tahu apa hasilnya. Walaubagaimanapun aku nak ingatkan yang cari duit dengan cara sebegini bukan untuk kaya tetapi untuk buat duit sampingan dan dalam pada masa yang sama menungumpul modal perniagaan.

Virtual Call Center telah dikategorikan sebagai kerja sambilan dari rumah untuk suri rumah maka tawaran sebegini memang memfokus kepada suri rumah dan ianya mudah dimulakan tanpa memerlukan sebarang bayaran permulaan atau pendaftaran. Cuba lihat antara website yang menawarkan peluang ini:-

1) West At Home

HujanEmas_Buat Duit di Internet dengan Virtual Call Center

2) Working Solution

HujanEmas_Buat Duit di Internet dengan Virtual Call Center

3) ACD Direct

HujanEmas_Buat Duit di Internet dengan Virtual Call Center

4) Cuba lihat lagi di workathomemoms.about.com











*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
Read more

Mendapatkan Modal Perniagaan Internet Anda

Percayalah, dalam memulakan perniagaan, tidak kiralah samada perniagaan internet atau sebaliknya, modal adalah penting walaupun dalam jumlah yang sedikit. Anggap sajalah modal sebagai pelaburan. Pulangan yang bakal kita dapat adalah bergantung kepada kepada berapa banyak modal yang kita sudah laburkan walaupun adakalanya tidak menjanjikan apa-apa. Namun, dengan mengeluarkan modal dan membuat pelaburan secara tidak lansung membina keyakinan diri sekaligus mengikat diri agar sentiasa berusaha untuk mendapatkan kembali modal pelaburan yang telah dikeluarkan. Ini yang perlu ditanam dalam minda. Seperti kata Gobala Krishnan di dalam blogpost dia Why Financial Freedom Isn’t Possible For Some

HujanEmas_Mendapatkan Modal Perniagaan Internet



Mendapatkan Modal Yang Lebih Besar

HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: NYC

Memandangkan tumpuan kita adalah kepada perniagaan internet, aku rasa dengan cuba buat kaedah yang telah dibincangkan dalam post sebelum ini sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet sendiri. Tetapi sekiranya ingin memulakan perniagaan internet ini secara besar-besaran, tentu sekali modal yang diperlukan juga adalah besar bagi membangunkan teknologi yang bakal diguna pakai dan mempromosi perniagaan internet tersebut. Modal sebegini boleh cuba didapatkan daripada agensi-agensi kerajaan terutamanya, yang sedia membantu para usahawan dalam memajukan perniagaan sendiri. Lebih-lebih lagi selain daripada loan, ada yang menawarkan grant, yang mana bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada usahawan tidak perlu diganti balik dan peluang ini yang perlu segera kita rebut. Antaranya seperti (klik pada link atau gambarajah untuk maklumat lanjut) :-

1) Preseed Fund

Pre-Seed Fund_1248663695666 by Blog HujanEmas

Technopreneur Development Division Portal_by Blog HujanEmas


2) SMIDEC Matching Grant

HujanEmas_02 Jul. 27


Bacaan Lanjut

Cuba baca senarai bantuan kewangan lain dalam bentuk loan atau pinjaman yang ada ditawarkan serta sedikit tips dan nasihat berkenaan permohonan

Akhir sekali mungkin ada lagi tawaran kewangan yang aku tidak tahu dan tidak senaraikan disini, jadi sekiranya ada info dan maklumat tambahan jangan lupa tinggalkan di dalam komen. Perlu diingat modal untuk perniagaan tidak perlu sama sekali dalam bentuk wang ringgit semata-mata, jadi modal dalam bentuk apakah yang boleh disediakan untuk menggantikan wang ringgit?




*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
Read more

Friday, July 24, 2009

Buat Duit dan Kumpul Modal Perniagaan Internet Dengan Menulis Artikel

Sekiranya masa menjadi kekangan untuk buat duit dengan get paid to website seperti yang diluahkan oleh reezluv dalam komennya, mungkin menulis artikel, esei atau review adalah satu lagi alternatif untuk buat duit atau mengumpul modal perniagaan internet dengan mudah. Kita menulis artikel, kemudian hantarkan kepada website yang menawarkan peluang ini dan kemudian kita akan dibayar berdasarkan artikel tersebut. Ada juga website yang menawarkan revenue sharing daripada hasil jualan iklan di website mereka.

Permintaan Dari Pasaran Antarabangsa


HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: Maser

Berbeza dengan Malaysia yang mana jual beli artikel banyak menjurus kepada penulis terkenal dan hanya pada majalah bercetak sahaja, di peringkat antarabangsa contohnya seperti di US dan UK permintaan untuk artikel (dan video) adalah begitu tinggi sekali bagi dijadikan isi kandungan di website mereka. Ada yang sudi membayar dari $3 sehingga $10 malah ada juga yang bersedia untuk membayar lebih tinggi dari itu; bergantung kepada artikel yang kita bekalkan. Antara contoh artikel yang boleh kita tulis adalah seperti berkenaan dengan

  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Taknologi dan Komputer
  • Internet dan Blogging
  • Muzik dan Video
  • Bisnes dan Kewangan
  • Review Produk

Website Yang Membeli Artikel dan Esei

Antara website-website popular yang boleh anda lihat adalah seperti

  1. associated content
  2. helium.com
  3. constant Content
  4. guru.com
  5. journalism jobs
  6. funds for witers
  7. CiAO
  8. eOpinions
  9. ExpoTV
  10. flagshipHubs
  11. softwareJudge

Dan antara cara lain anda boleh layari website-website yang pengiklanan terutamanya website yang mengiklankan kerja freelance (seperti craiglist), cari iklan yang berkehendakkan penulis atau artikel dan kemudian bida sahaja pada iklan/kerja tersebut.

Business Jual Beli Artikel

Walaubagaimana pun peluang sebegini memberi banyak kelebihan hanya kepada mereka yang pandai berbahasa inggeris dan mempunyai ketinggian pengetahuan di dalam sesuatu topik tersebut. Bagi mereka yang mempunyai masalah dalam bahasa inggeris seperti Topo (seperti yang dinyatakan dalam komennya), kita boleh cuba menjadi orang tengah sahaja dalam peluang ini seperi:

1- Mengupah sesiapa untuk menulis artikel dan kemudian hantarkan kepada website-website seperti diatas. Cuma pastikan bayaran yang kita terima lebih daripada bayaran kepada penulis asal, maka barulah kita dapat untung. Upah adik, kakak, kawan atau iklankan sahaja di website pengiklanan.

2- Membeli artikel daripada private right label website atau website-website yang menjual artikel dan kemudian jualkannya kembali.

3- Sekiranya anda seorang guru terutamanya guru bahasa inggeris, mengapa tidak berikan anak murid anda kerja rumah untuk menulis artikel dan hantarkan sahaja artikel tersebut (pastikan mereka hantar terus ke email anda untuk memudahkan kerja). Kelebihannya boleh dapat artikel yang banyak dalam masa yang singkat tetapi mungkin tidak semua akan diterima untuk dibayar.


Terpulang kepada anda dan biasanya menjadi orang tengah tentu sekali memberi banyak keuntungan; mungkin bukan keuntungan duit semata-mata, keuntungan dari segi penjimatan masa dan tenaga juga perlu diambil kira.

Cuba lihat artikel ini untuk writers toolbox.

Di Us dan UK website seperti diatas yang beroperasi berdasarkan business model yang sama semakin bertambah, jadi apakah sekiranya kita bina website yang sama boleh mendatangkan keuntungan? Apakah website yang menjual beli artikel dalam Bahasa Melayu boleh mendapat sambutan?






*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
Read more

Thursday, July 23, 2009

Buat Duit Atau Kumpul Modal Dengan Get Paid To Websites

Seperti yang reezluv katakan di dalam komennya tempohari, lain orang lain learning curve nya. Ada yang masih dapat bersabar dan terus belajar dan ada pula yang separuh jalan sahaja, terus menyampah dan putus asa. Kebanyakannya tidak begitu biasa dengan teknologi internet seperti membangunkan website dan jual beli online. Jadi apakah masih ada peluang buat duit di internet untuk mereka ini?

Memperkenalkan Get Paid to Website

Buat duit di internet dengan Get Paid to Website
Image Credit: friendlies

Get paid to website (atau Singkatannya GPT) mungkin boleh dianggap sebagai orang tengah di antara pengiklan dan pengguna. Website sebegini memberi tawaran untuk membayar kepada pengguna yang melakukan aktiviti tertentu seperti yang dikehendaki pengiklan seperti membaca email, melengkapkan survey, klik pada link, memberi email address dan sebagainya. Ada juga yang turut menawarkan referral komisyen; yang mana kita mempromosikan website tersebut kepada kawan dan apabila mereka juga buat duit kita akan menerima komisyen diantara 10% ke 25% daripada duit yang mereka buat. Aku tak pernah aktif dalam website sebegini tapi berdasarkan pembacaan diforum-forum di internet, pendapatan yang diperolehi mungkin boleh mencecah sehingga $2000 sekiranya dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh

Kenapa HujanEmas Rekomen Get Paid To Website

Daripada awal niat aku untuk menulis blog ini adalah memperkatakan tentang berniaga/perniagaan yang berasaskan internet jadi mungkin ada yang rasa dengan menyertai website sebegini tidak membawa kita kemana-mana. Tapi cuba kita lihat daripada aspek positif dengan menetapkan di fikiran kita yang:-

1- Website sebegini mempunyai ciri marketing dan business model tersendiri yang boleh kita pelajari seperti bagaimana website sebegini buat duit dan membayar penggunanya dan bagaimana pengiklan mempromosikan barangan atau website mereka kepada pengguna dengan menggunakan website sebegini. Dalam pada masa yang sama kita mencuba dan belajar bagaimana untuk mempromosi referral link kita sendiri yang berguna untuk masa hadapan

2- Wang yang terkumpul hasil daripada website sebegini tentulah tidak berapa banyak. tetapi niat sebenar untuk mengumpul wang disini bukanlah untuk kegunaan persendirian tetapi untuk dijadikan modal perniagaan; permulaan atau pusingan. Kebanyakan website membayar dalam mata wang dolar dan pound sterling; yang menjadi mata wang penting dalam urusniaga di internet.

Senarai Get to Paid Website Yang Boleh Dicuba

  1. Cashcrate
  2. Get Paid To
  3. Gangster Greed
  4. Tressure Trooper
  5. Instant Profitz
  6. Deal Barbie Pays
  7. Raid The Bank
  8. Revolution Offer
  9. Cash Lagoon
  10. Monster Pays Cash
*Harap dapat kongsi lagi apa-apa website yang sama dalam komen. Dan kasi tahu kalau website yang disenaraikan diatas scam

Masalah pada get paid to website

1- privacy - adalah disarankan supaya menggunakan email address yang baru atau didaftarkan khas khusus untuk program seperti ini setiap kali mendaftar atau memberikan maklumat tersebut ketika diminta. Sama juga dengan no telefon dan sentiasa bersihkan cookies di dalam browser.

2- legit atau tidak - sahkan samada website yang korang nak sertai itu sah atau tidak dan adakah mereka benar-benar membayar. cuba periksa di forum-forum seperti GetPaidForum, WhydoWork dan Scam.com

3- masalah geografi - kebanyakan tetapi tidak semua website ini hanya menawarkan peluang kepada pengguna yang berasal dari amerika dan uk dan tidak menerima pengguna dari negara lain. Walaubagaimanapun hal sebegini boleh diselesaikan dengan menggunakan proxy

4- Ada masalah? Jom bincang sama-sama dalam komen



Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Tuesday, July 21, 2009

Bagaimana MEREKA Buat Duit Di Internet

Mungkin ada diantara anda yang seringkali tertanya-tanya bagaimana mereka; selebtiti internet terkenal seperti Irfan Khairi buat duit di internet. Dan ada dikalangan kita bila saja cerita buat duit di internet membayangkan pelaburan haram di internet. Dan tidak kurang juga yang mengehadkan imaginasi mereka tentang buat duit di internet kepada sekadar google adsense, buat duit dengan blog dan jual ebook semata-mata. Apa yang perlu kita tekankan dan sedarkan pada masyarakat ialah buat duit di internet adalah cara buat duit ataupun berniaga yang bergantung banyak kepada teknologi internet. Tentu sekali segala teori yang kita belajar di business school atau buku-buku perniagaan boleh diapplikasikan kepada buat duit di internet. Plan, teknik, strategi, susah dan senangnya juga tidak jauh berbeza. Tinggal cuma, kelebihan internet ialah ianya lebih cepat, murah dan paling penting senang dikesan dan dianalisis. Malah ianya boleh dilakukan dimana-mana, pada bila-bila masa dan pelanggan yang boleh diperolehi tidak terhad kepada sesuatu kawasan; negeri atau negara tetapi terbuka ke seluruh dunia.

Puluhan Contoh Cara Buat Duit di Internet

Cuba lihat dan baca contoh-contoh gambarajah dan artikel dibawah. Aku percaya daripada situ, banyak idea yang boleh diperolehi dan yang lebih bagusnya, kebanyakan idea yang diperkatakan masih belum diteroka di Malaysia

1) The (endless) Web Monetization Discussion Table

Cara Buat Duit di Internet
(klik pada gambarajah diatas)

2) The Web Monetization Models

Cara Buat Duit di Internet
(klik pada gambarajah diatas)

Cara Buat Duit di Internet
(klik pada gambarajah diatas)

Cara Buat Duit di Internet
(klik pada gambarajah diatas)


Kesimpulan

Daripada artikel dan gambarajah diatas, aku rasa korang boleh faham betapa luasnya potensi internet untuk buat duit atau dengan kata lain buat business. Cara termudah untuk bermula adalah dengan kaji bagaimana orang lain buat duit dan cuba perbaiki kelemahan caranya dan hasilkan sesuatu yang lebih baik! Jadi apa pandangan korang ?




Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"

Read more

Monday, July 20, 2009

Jana Wang Adsense Dengan Serius

Aku merasakan mungkin ada di antara kita yang telah membuat keputusan untuk jana wang dengan adsense sebagai langkah pertama untuk buat duit di internet. Walaupun di dalam blogpost semalam tentang adsense aku menyuarakan pendapat aku yang mana mungkin jana wang dengan adsense bukanlah business model yang baik untuk jangka masa yang panjang tetapi andaikata adsense adlah pilihan korang, kenapa tidak buat yang terbaik untuk mendapat pulangan dan hasil yang terbaik juga. Jadi hari ini, aku nak ajak korang sama-sama berbincang bagaimana nak memaksimum dan mengoptimumkan pendapatan dengan jana wang adsense. Pertama sekali perlu kita ketahui

Faktor Penyebab Yang Kita Dibayar

Buat duit dengan google adsense

Secara asasnya, faktor yang membolehkan kita dibayar adalah berdasarkan bilangan paparan (impression) dan klik para pengunjung website terhadap iklan adsense yang dipaparkan didalam website kita. Namun, bayaran berdasarkan bilangan klik adalah lebih besar berbanding bilangan impression. Jadi rangka plan dan perkara penting yang harus kita titik beratkan adalah bagaimana caranya untuk memaksimumkan bilangan klik tersebut dan kemudian bilangan paparan. Untuk mengetahui bagaimana, perlu kita ketahui terlebih dahulu kenapa pengunjung website klik pada iklan adsense yang ada pada sesuatu website tersebut. Tidak perlu search di google untuk mencari jawapannya, tanya diri kita sendiri kenapa kita baca iklan di kekotak adsense tersebut dan apa yang membuatkan kita klik padanya. Dan daripada situlah membawa kita kepada

Perkara Yang Perlu Dilakukan untuk dibayar

Cuba tengok dan kaji 2 mindmap ni, apa pendapat korang?

Buat duit dengan google adsense

Buat duit dengan google adsense
Source data: A practical Ajax

The Game Number

Andaikan korang target untuk mendapat $600 (kira-kira bersamaan RM1800 ke RM2000) untuk sebulan dengan adsense. Apakah dengan membina satu website/blog sudah mencukupi? Ya, andakata website yang dibina kerapkali dikunjungi dan sudahpun mempunyai pengunjung tetap dan tegar. Tidak, andaikata website tersebut baru sahaja dibina dan traffiknya masih lagi bergantung kepada referral yang lain. Jadi, untuk mencapai target yang kita idamkan, dengan menggunakan pemahaman dan teknik yang ada diatas, kita bangunkan satu website, letakkan adsense dan tunggu hasilnya selepas sebulan; katakan $X. Satu website menghasilkan $X makan untuk mencapai $600 kita memerlukan $600 bahagi $X;

$600/$X= Y websites

Andaikan X bersamaan 3, jadi sekurang-kurangnya kita memerlukan 200 website yang berasingan untuk menjana $600. Senangkan? Untuk menyenangkan lagi kerja, inilah masanya untuk keluarkan sedikit modal dan invest pada tools atau software seperti hypervre, bloggergenerator, blogsolution, automatic blog, rss2blog, articlerewriter dan banyak lagi yang ada untuk memenuhi tujuan ini.

Further reading and studies

1- Adsense Secret
2- Adsense Hack , Link Units Optimization
3- Adsense Official Blog
4- Perform Better With Adsense



Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Sunday, July 19, 2009

Model Business Google Adsense

Tidak dapat disangkal google adsense merupakan antara pilihan paling popular dalam memulakan langkah buat duit di internet. Bukan sahaja paling senang dan paling mudah untuk setup tapi jikalau kena dengan gayanya google adsense tentu sekali membawa pulangan yang lumayan. Tapi..

Adakah Google Adsense Masih Berkesan dan Menguntungkan?

Blog HujanEmas - Google Adsense

Dalam situasi semakin ramai pengguna internet yang celik IT, terdapat segelintir pengguna yang merasakan kehadiran google adsense di dalam sesebuah website agak kurang menyenangkan malah terdapat beberapa script yang telah ditulis semata-mata untuk menutup iklan internet tersebut. Jadi tentu sekali semakin berkurangan pengguna yang klik pada iklan-iklan di google adsense dan ini adalah merugikan kerana bayaran yang diterima adalah berdasarkan klik dan bilangan paparan.

Blog HujanEmas - Google Adsense

Malah blogger-blogger terkenal mula mengatakan yang advertising model untuk buat duit di internet sudah tidak mendatangkan keuntungan seperti dahulu dan model ini bukan lagi pilihan yang baik untuk masa hadapan. Dan lebih buruknya, kesan aktiviti jana wang dari adsense ini, semakin banyak benda-benda sampah yang wujud di internet tidak kiralah samada software sampah untuk cari traffic ataupun website-website sampah yang dibina khusus untuk adsense (scrapper).

Jadi apa pandangan korang dalam hal ini? Google adsense mungkin boleh kita sama-sama kita kategorikan kepada pendapatan sampingan dari buat duit di internet tapi dalam pada masa yang sama..

Bolehkah Google Adsense dijadikan serius Internet Business?

Jawapannya tentu sekali boleh sekiranya korang treat google adsense sebagai business korang. Bermula dari mengkaji dan mengetahui bagaimana korang boleh jana wang dengan adsense, kemudian rangka business plan dan strategi untuk memaksimumkan pendapatan korang berdasarkan adsense. Walaupun agak sedikit individu yang aku ketahui menjadi jutawan dengan adsense seperti Markus Frind dan Jeremy Shoemaker, namun potensi yang ada pada google adsense tidak boleh diperkecilkan. Pengusaha adsense di Malaysia pun tidak kurang ramainya dan sudah ada trend membuat personal coaching khusus untuk jana wang dengan adsense sekarang


Masa depan google adsense


thedeathofadsense

Pada tahun 2006; 3 tahun yang lalu sudah ada yang mengatakan tentang the death of adsense. Namun sehingga hari ini setelah sekian lama google adsense beroperasi, google adsense masih lagi tetap unggul dan menjadi antara advertising network paling pupular dikalangan publisher.

Jadi bagaimana caranya untuk kita jadikan adsense ini sebagai salah satu cabang internet business kita? Apakah plan rancangan dan strategi untuk adsense? Kongsi la sedikit pengetahuan dan pengalaman korang dalam komen.

Walaubagaimanapun, google adsense bukan pilihan aku kerana pada pendapat aku business model yang bergantung pada adsense susah untuk kekal lama dan pergi jauh.


*Subscribe dan teruskan bersama kami untuk artikel dan blog post terkini dan "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Saturday, July 18, 2009

Tapi Saya Masih Belajar

Sekiranya anda masih seorang pelajar (student) mungkin blog post tempohari berkenaan duit punca perceraian itu tidak membawa apa-apa makna. Tapi perlu aku ingatkan disini masalah yang aku dan mungkin pembaca lain hadapi itu tidak mustahil akan ditempuhi juga. Jadi untuk itu perlu korang bersedia dan ambil pengajaran dari kisah tersebut.

HujanEmas_Berniaga ketika belajar
Image Credit: Money On Green

Sebenarnya aku cukup menyesal aku tidak mula berniaga ketika belajar dahulu terutamanya ketika di universiti. Aku ada masa, duit untuk buat modal (biasiswa JPA), semangat dan tenaga tapi aku tidak didedahkan dengan info-info sebegini. Aku juga di universitu dahulu mengidamkan gaya hidup seperti anak-anak orang kaya datang ke universiti. Bawa kerete mewah datang ke kelas, pakai handphone yang terkini dan sentiasa makan besar setiap hari ketika lunch hour. Baju dan kasut pun cantik-cantik dan berjenama. Setiap hujung minggu keluar enjoy; tengok wayang, main bowling dan pegi shopping.

Bukan susah sebenarnya. Cuma mungkin darah muda yang ada dalam diri ketika itu membuatkan sesiapa sahaja yang menjadi pelajar hanya mahu bersuka-ria, bergelak ketawa dan menjauhkan diri dari bersusah-susah seperti berniaga. Bagi aku, sebagai seorang pelajar, ciri-ciri perniagaan yang ideal buat seorang pelajar ialah:-

1) Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan berapa lama yang aku suka; yang penting tidak mengganggu waktu belajar
2) Tidak perlu jumpa sesiapa untuk menjual apa-apa barang
3) Tidak perlu recruit sesiapa untuk dapat income
4) Tidak pakai banyak modal
5) Boleh aku jalankan perniagaan tersebut dimana-mana sahaja yang aku suka.

Dan jawapannya tentu sekali adalah internet business. Menjadi usahawan ketika belajar bukan lagi perkara baru, apalagi kalau diluar negara. Baca cerita tentang Neil Patel; seorang lelaki muda berbangsa India yang menjadi usahawan terkenal dan pernah mendapat liputan di Wall Street Journal dan Entreperneur Magazine di Amerika.

Jutawan internet pula sudah ada dimana-mana, malah di Malaysia industri ini semakin menjadi-jadi dan menjadi alternatif utama dalam mencari pendapatan sampingan.

Belajar dan dan sertai internet business training program yang betul seperti di Wealthy Affiliate dan mulakan langkah baru dalam hidup anda. Mulakan dengan cepat dan semakin cepat semakin besar peluang yang ada.

Selalunya selepas grad, topik bualan hangat diantara kawan-kawan ialah "Hang dah dapat kerja kat mana?" Tapi mungkin selepas ini masyarakat pelajar melayu baru, selepas tamat belajar akan bertanya sesama mereka "Hang nak buat business apa lepas grad?" atau "Hang dah bukak company ke belum?"


*Subscribe dan teruskan bersama kami untuk free training bermula pada minggu hadapan dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Wednesday, July 15, 2009

Duit Punca Perceraian Pengantin Muda

Duit bukan soal main-main. Disebabkan duit kawan baik jadi bergaduh, disebabkan duit adik-beradik berputus arang dan disebabkan duit jugalah suami isteri bercerai. Daripada soal duit yang kecil boleh berlarutan masalahnya sehingga menjadi besar dan begitu menyakitkan hati sehingga menyebabkan timbulnya ungkit-mengungkit dan penyakit iri hati diantara sesama sendiri. Jadi tidak hairan mengapa sekarang ini duit; faktor kewangan dan kemiskinan menjadi antara faktor utama berlakunya perceraian di kalangan pengantin muda.

HujanEmas_Real Life Story

Masalah ini tidak lari dari menghantui diri aku sendiri sebenarnya, tapi alhamdulillah aku tidaklah sampai ke tahap bercerai namun hidup sebagai pesangan pengantin baru tidaklah seperti yang kami impi-impikan.

Setelah hampir setahun perkahwinan, rumah kami masih lagi kosong; tidak bersofa dan tidak ada meja makan. Nasib baik set bilik tidur keluarga mertua yang belikan, jika tidak mungkin tidur berlapikkan tikar sahaja kami ini. Televisyen dan peti ais pula keluarga aku yang sumbangkan dan lain-lain seperti dapur gas dan pinggan mangkuk kami dapat daripada hadiah ketika majlis perkahwinan kami dahulu. Lengang sahaja rumah, kalau nak ajak orang datang pun terasa malu sangat. Adakalanya kene sindir pula dengan keluarga mertua dan ipar yang lain.

Aku bukannya tidak bekerja, malah kami berdua bekerja. Tapi entah mengapa adakalanya duit gaji yang diterima sentiasa sahaja tidak mencukupi. Setiap bulan ada sahaja perkara yang memerlukan duit tambahan dan secara tidak lansung membuatkan bajet yang dirancang setiap awal bulan lari. Pernah sekali kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk membaiki kereta, aku terpaksa menggunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar duit bayaran bulanan kereta isteri. Disebabkan duit yang diperlukan agak besar, duit peruntukan untuk 3 bulan bayaran habis digunakan sehingga tertunggak dan menyebabkan kereta tersebut terus ditarik pihak bank. Kami terpinga-pinga kerana perkara sebegini pertama kali berlaku.

Daripada perkara-perkara inilah kami mula bergaduh dan adakalnya menjadi berkira diantara kami. Marah adakalanya sedih. Dan sebagai suami aku juga merasa kesian melihat isteri dibelenggu masalah sebegitu. Kesian melihat dia menangis kerana honeymoon tak dapat pergi, baju raya tak dapat nak beli, duit raya tak dapat nak bagi sampai dia menggelar aku sebagai kedekut.

HujanEmas_Real Life Story
Image Credit: Couple

Tapi alhamdulillah, berkat sedikit usaha aku beserta sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam dunia internet ini aku berjaya meloloskan diri aku dari durjana duit dan hidup kami kini semakin bahagia. Isteri aku sendiri tidak percaya yang internet menjanjikan potensi yang besar dan bukan sekadar sumber pendapatan sampingan. Tapi setelah aku usaha dan buktikan isteri juga turut membantu.

Betul, bukan senang untuk senang. Asalkan kita berjalan pada landasan yang tepat, mendapat pendidikan yang betul dan bergaul dengan mereka yang mengimpikan kehidupan dan pengalaman hidup yang sama seperti kita, semua ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Syukur, aku jumpa semua ini di Wealthy Affiliate; sebuah online business community dan training program yang terbaik pernah aku bayar dan sertai, dan aku pasti Wealthy Affiliate untuk korang juga.


Sign Up for Wealthy Affiliate



*Subscribe dan teruskan bersama kami untuk free training di blog ini bermula pada minggu hadapan
Read more

Comment Contest: Win RM200

Bermula pada hari ini, 15 Julai 2009 sehingga 23:59pm 15 Ogos 2009 blog ini akan menganjurkan pertandingan comment contest yang menawarkan hadiah seperti berikut:-

Top Commenters : RM 200
2nd Top : RM 100
3rd Top : RM 50

Komen di blog ini menggunakan sistem disqus.com maka pemenang untuk pertandingan ini akan ditentukan oleh top commenter melalui sistem disqus.com seperti yang tertera di bawah pada 23:59pm 15 Ogos 2009. Untuk menggalakkan persaingan sihat di antara commenter, widget ini tidak akan disiarkan lagi di laman utama blog ini sehingga seminggu sebelum tarikh tutup. Walaubagaimanapun, top commenter boleh diketahui melalui community page HujanEmas di http://hujanemas.disqus.com/

HujanEmas_Comment Contest and Win RM200


Tip Untuk Memenangi Pertandingan Ini:-

1-Subscribe kepada RSS blog ini untuk mendapatkan update terbaru dan terkini.
2-Memberi feedback dan jawapan kepada perbincangan dan pertanyaan yang dianjurkan oleh penulis dan juga commenters yang lain.
3-Berkongsi masalah, pendapat dan pengalaman sendiri kepada pembaca lain di bahagian komen
4-Melibatkan diri secara aktif didalam komuniti blog ini.
5-Menjemput keluarga dan rakan yang lain untuk sama-sama berbincang di blog ini.

Pemenang akan dihubungi pada tarikh akhir pertandingan ini dan akan diumumkan secara rasmi di blog ini pada 17 Ogos 2009

Good Luck dan Selamat Maju Jaya!
Read more

Saturday, July 11, 2009

Internet Marketing Case Study: DinerDave

Puas sudah membaca, membaca dan membaca tidak kira blog, ebook ataupun post di forum. Kebanyakan mereka hanya memperkatakan tentang teori semata-mata; kena buat itu dan ini tapi sayangnya tiada real life example, contoh yang kita boleh tengok dengan jelas dan faham apa yang sebenarnya mereka perkatakan. Memang ada beberapa video tutorial atau ebook yang memberikan contoh yang sebenar tapi kali ini aku ingin berkongsi satu internet marketing case study yang aku jumpa di dalam blog internet marketer terkenal, Rosalind Gardner tentang case study clientnya, DinerDave.

HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: Green Apple



# Affiliate Site Case Study: Introducing Diner Dave

Menceritakan tentang DinerDave dapat idea untuk membangunkan website dan menjana wang dari situ. Tapi sayangnya websit tersebut tidak membawa apa-apa keuntungan sehingga beliau membaca buku yang Rosalind tulis.

# DinerDave Does Market Research
Mengkaji kehendak market selain mengetahui apakah yang keyword yang sesuaui untuk digunakan dalam menulis artikel sebagai isi didalam website tersebut. Tidak setakat itu,, ini penting untuk mengetahui apakah produk yang sesuai untuk dipromot dan dijual kepada pembaca/pembeli.

# Diner Dave Writes Content
Kesinambungan daripada market research disini diceritakan tentang bagaimana beliau membinna isi kandungan websitenya.

# Designing the DinerDave Website
Kenapa design penting? Seth Godin ada jawapannya.

# Diner Dave Works His Email Marketing Plan
Seperti yang sifu-sifu selalu kata, the money is inside the list. Email antara faktor penting dalam berkomunikasi bersama tidak kira pembaca, pelanggan dan pembeli.





* Dapatkan lagi case study berkenaan internet marketing dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Thursday, July 09, 2009

Niche & Keyword Research oleh Howie

Baru-baru ini Howie daripada IMRemarkable banyak keluarkan pdf-pdf percuma untuk pembaca beliau berkenaan niche dan keyword research menggunakan teknik-teknik yang lama dan baru yang boleh dilakukan dengan mudah. Boleh baca dibawah, untuk kepuasan membaca yang maksimum aku sarankan klik view in fullscreen.



Aku dan rakan-rakan aku yang lain ada cuba menggunakan teknik ini. Teknik ini banyak mengenengahkan produk driven research instead trend driven research. Pendek kata, kenalpasti produk, cari keyword berkaitan dan kemudian mula promosi. Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang teknik ini, jadi beritahu pendapat ini di dalam ruangan komen.



Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Wednesday, July 08, 2009

Mozilla Add-on Untuk Internet Marketer

Andy Beard; antara internet marketer yang terkenal di luar sana baru-baru ini telah mengumpulkan kesemua mozilla add-on yang digunakannya untuk tujuan internet marketing dalam satu bundle dan boleh didownload dan sedia diguna pakai oleh pengguna lain.

HujanEmas Mozilla Firefox add-on for blogger

Lawati download page dengan klik pada gambarajah di atas. Dalam bundle tu ada yang aku sendiri sedang pakai ada juga yang baru untuk aku. Sebelum ini ada kawan aku cadangkan SEOQuake untuk tujuan SEO sebab details analisis add-on ini agak bagus. Mungkin korang boleh cuba dan cerita sikit feedback korang lepas guna kesemua add-on yang dicadangkan ini di dalam ruang komen.


Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Tuesday, July 07, 2009

Twitter sebagai senjata untuk niche research

Twitter; suatu applikasi micro-blogging yang semakin popular dan meluas digunakan sekarang ini, kini bukan sekadar medium komunikasi semata-mata malah turut menjadi medium menyebarkan propaganda, berita, gossip dan tentu ada diantara kita pernah dengar terdapat segelintir syarikat besar menggunakan twitter untuk membuat sales dan menguruskan pelanggar mereka. Ini kerana, pada pendapat aku twitter adalah antara applikasi internet yang paling mudah dan paling dekat dengan pengguna jadi capaian terhadapnya tidak sukar menyebabkannya disukai ramai. Secara tidak lansung, twitter boleh kita eksploitasi sebagai senjata baru untuk kita kaji niche. Cuba lihat video dibawah ini untuk penerangan ringkas.



Secara ringkasnya:-

1- Daripada twitter kita tahu apa yang pengguna twitter perbincangkan, trend, apa yang mereka beli, apa yang mereka syor dan rekomenkan kepada orang lain.
2- Secara tidak lansung kita juga boleh tahu keyword-keyword berkaitan dengan niche yang kita pilih.
3- Semuanya adalah berkenaan dengan apa yang manusia memperkatakan di antara mereka, dan twitter adalah tempat untuk mengetahuinya kerana post di twitter sentiasa fresh dan terkini.

Website yang digunakan di dalam video:-

1- HujanEmas microplaza

2- HujanEmas tweetstats

3- Real Time Trender

Website lain yang berguna:-

1- HujanEmas twitscoop

2- HujanEmas sitevolume

3- HujanEmas monitter

Kalau adalagi mana-mana twitter applikasi yang dirasakan boleh digunapakai untuk tujuan research, sila tinggalkan nota di dalam komen kemudian kami akan kemaskinikan senarai ini.

Kehadiran twitter didalam social media telah membuka lebih banyak potensi didalam menjalankan aktiviti marketing tetapi jangan sampai hingga potensi ini disalah guna pakaikan.




Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Sunday, July 05, 2009

Video Tutorial untuk Niche Research

Dalam post blognya yang terbaru Cashtactics.net ada kongsi video tutorial macam mana nak buat niche research. Katanya ini antara salah satu langkah yang dia amalkan. Video ini agak panjang jadi mungkin memakan masa yang lama untuk loading dan tengok.



Isi Penting dan Komen:-
Lihat dan kaji trend; berdasarkan kepada video trend dikaji daripada jumlah search perkataan diinternet. Kemudian perkataan-perkataan tersebut akan dibanding-bandingkan dengan beberapa website besar yang berbeza seperti shopping.com dan amazon.com untuk memerhatikan samada terdapat deman atau tidak terhadap perkataan tersebut.

Secara personal, kaedah dan tutorial di dalam video ini adalah biasa sahaja, basic dan tak banyak lagi mendedahkan kajian dari aspek yang lain. Walaubagaimana pun dengan adanya video tutorial ini mungkin kita lebih senang faham apa yang patut dibuat dan bagaimana untuk melakukannya.



*Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more
Blog Widget by LinkWithin