Menu Hari Ini

Tuesday, March 03, 2009

Web Tools Clickbank Penting Untuk Affiliate Marketer

Hari ni kalau korang dah mula kenal dan belajar untuk buat dengan internet tentu sekali korang pernah dengar apa itu clickbank. Seperti yang diterangkan dalam post sebelum ini mengenai affiliate network, clickbank adalah merupakan salah satu affiliate network yang terbesar dan popular; mempelopori produk-produk digital terutamanya.

Sebagai seorang affiliate marketer yang bijak korang tidak boleh memilih produk dan mempromosikannya secara melulu. Pemilihan produk adalah amat penting dalam menentukan samada produk itu boleh mendatangkan hasil atau tidak kepada kita selaku affiliate. Pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk gravity, referral, commision per sale dan ini sebenarnya antara kerja yang agak melecehkan dan mengambil masa yang panjang.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa web tools; website-website canggih yang menganalisis clickbank marketplace dan memberitahu kita secara terus top produk, produk-produk hangat sekarang dan menafsir untuk kita produk yang berpotensi untuk menjadi top dan hangat. Website-website tersebut adalah

cbengine
Website ini adalah antara yang tercanggih di antara senarai ini yang mana bukan sekadar statistik biasa yang dibuat tetapi ada lagi beberapa analisis dan tools tambahan untuk affiliate; pendek kata pelbagai lagi function yang ada di website tersebut yang boleh menambah baik dan mempermudahkan lagi kerja sebagai affiliate. Terdapat dalam 2 pakej; free membership dan pro membership


cb-analytics
Website yang ini buruk sikit tapi aku suka yang ini sebab segala graf dan statistic sudah ada didepan mata walaupun ada lagi beberapa function yang aku harap dapat ditambah terutama dalam nak fiter penyenaraian produk disitu. Kalau setakat mahu kaji trend produk atau search produk yang berkaitan mungkin website yang ini sesuai untuk korang.


cbtrends
Ini web tools pertama yang aku jumpa. Sudah lama aku rasa dah wujud dah masih lagi diupdate setiap hari. Function yang ada tidak banyak beza dengan cb-analytics



Jadi yang pertama untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Monday, March 02, 2009

Affiliate Network Yang Perlu Diketahui

Antara aspek penting yang perlu dititik beratkan di dalam affiliate marketing ialah produk yang akan kita promosikan kepada pembaca atau pembeli. Ini supaya produk yang dipromosi kena dengan kehendak pembeli. Terdapat 2 jenis affiliate sistem iaitu independent affiliate; yang mana pekedai membangunkan dan menyelenggara affiliate sistemnya sendiri dan affiliate network; yang mana pekedai akan mengupah affiliate network ini menguruskan segala perihal tentang affiliate sistem kedainya. Masing-masing ada buruk dan baiknya.

Walaubagaimanapun, mempromosi barangan di bawah naungan affiliate network lebih mudah dari segi tracking, pembayaran dan rata-rata ianya dipercayai ramai. Jadi berbanding sistem independent affiliate, masalah yang mungkin timbul bila mana berurusan dengan affiliate network adalah kurang sama sekali. Berikut adalah antara affiliate network yang popular di luar sana:-

clickbank-logo
Mungkin clickbank adalah affiliate network yang terbesar dan di antara yang paling popular terutama sekali kepada mereka yang baru di dalam industri affiliate marketing ini

amazon-logo
Amazon antara syarikat perintis yang memulakan idea sistem affiliate ini. Berdasarkan konsep perniagaan dan marketing yang sedia ada dan telah luas diamalkan secara offline, Amazon telah menerapkan ciri dan konsep yang sama kepada online

cj-logo
Terkenal kerana menaungin syarikat-syarikat besar seperti Apple dan syarikat-syarikat terkemuka di dunia.

paydotcom-logo
Antara affiliate network yang banyak menawarkan produk digital selain daripada clickbank. Membayar affiliate melalui Paypal yang mana bagi affiliate di luar US mungkin ini adalah antara satu kelebihan

shareasale-logo
Affiliate network yang mempunyai produk produk fizikal seperti kasut, cincin, beg dan sebagainya.

Masih banyak lagi yang tidak tersenarai di sini. Cadangkan affiliate network yang anda tahu di ruang komen dan aku akan listkan sekali di dalam post ini.


Memandangkan artikel ini akan dikemas kini dari masa ke semasa, ikuti perkembangannya dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk
"Beritahu Rakan dan Keluarga Anda"
Read more

Sunday, March 01, 2009

Belajar dan Tapak Asas Affiliate Marketing

Belajar buat duit di internet tidak lah begitu susah sebenarnya, yang susah sebenarnya adalah untuk melakukannya. Ada diantara kita sentiasa sibuk mencari-cari maklumat terbaru; beli dan download ebook sana sini, sembang di merata forum tapi sayangnya satu hapak pun tak buat dan akibatnya tidak akan muncul hasil seperti yang diharap-harapkan. Aku juga begitu dahulu..

Kemudian baru aku sedar yang aku perlukan panduan berdasarkan timeline dan action plan yang mana setiap setiap teori yang dipelajari perlu senantiasa ada amalinya. Terdapat sedikit ebook atau ecourse website yang mengetengahkan hal ini. Tidak lama selepas itu, aku rasa masih ada kekurangan dan ini yang paling penting iaitu kawan! Kawan dan komuniti yang sama-sama ada semangat untuk pelajari dan bina business affiliate marketing ini. Di bawah ini adalah antara platform dan rujukan penting yang aku syorkan:-


1. Wealthy Affiliate

bagi aku ini adalah antara tempat yang terbaik untuk mula belajar perihal affiliate marketing. daripada konsep, teknik, action dan banyak lagi maklumat yang boleh dipelajari dari wealthy affiliate. komuniti dan forum yang ada disitu kuat membantu dan semua dijanjikan dengan personal coaching oleh empunya website iaitu kyle dan carson. Bukan setakat itu sahaja, dengan tools yang telah sedia bina dalam website tersebut, dah tak perlu dah software-software tambahan untuk buat business ini. Cuba lihat sendiri di wealthy affiliate, apa lagi yang ada untuk korang.



2.
Affiliorama


Website ini aku tak pernah daftar dan tak pernah masuh tapi berdasarkan kajian aku website ini adalah antara alternatif popular yang ada selain wealthy affiliate. Walaupun aku tidak rasa website ini setanding dengan wealthy affiliate, tetapi apa yang ada di wealthy affiliate seolah-olah ada juga di affiliorama ini dan testimoni yang diberi oleh para penggunanya, affiliorama juga tidak kurang baiknya. Jikalau wealthy affiliate bukan untuk korang mungkin affiliorama adalah jawapannya.




3. Who Loves Money


Aku mula tahu mengenai wealthy affiliate daripada ebook ini kerana ebook ini ditulis oleh kyle dan carson. Ebook ini sesuai untuk mereka yang baru bermula kerana selain dari teori dan konsep yang diajar mudah untuk difahami, ebook ini mengetengahkan kaedah-kaedah percuma yang berkesan yang boleh digunakan untuk affiliate marketing. Satu demi satu diajar dari mengkaji market sehingga membina website sendiri dengan terancang. Tapi sekiranya korang dah register wealthy affiliate, ebook ini mungkin tidak perlu lagi. Atau register Wealthy Affiliate dan dapatkan ebook ini sebagai bonus.


4. Commission Blueprint

Ini bukan sekadar ebook tapi adalah video series; macam home made course. Korang boleh tengok dan dengar apa yang diajar dan bukan sekadar membaca. Walaupun aku anggap produk ni tidak berapa sesuai untuk totally newbie, tapi sekiranya korang sudah ada sedikit asas dalam affiliate marketing dan musykil tak tahu nak apa nak buat, dalam video series ini ada diajar secara terperinci






5. Confession of Lazy Marketer


Kalau daripada sumber yang aku syorkan diatas, korang rasa affiliate marketing ni susah, cuba korang baca ebook yang ditulis oleh Chris Rempel ini. Beliau menegaskan tidak perlu work hard tetapi work smart. ambil smart dan berikan hard kepada orang lain. tapi jangan salah faham kerana bukan cara mudah tetapi cara bijak yang diajarnya. terbukti cara yang diceritakan berkesan malah chris pelbagai lagi teknik dan market yang mendatang keuntungan besar untuk dirinya sendiri.





*Andaikata aku ada duit dan hanya berpeluang untuk beli satu sahaja daripada yang disebutkan di atas, pilihan aku adalah tentu sekali wealthy affiliate kerana disinilah bermulanya faundation, tapak asas korang untuk memulakan business ini. Bukan setakat belajar, dan tools, akan ada disitu kawan/networking untuk korang sentiasa rasa bersemangat untuk memajukan business korang sendiri dalam jangka masa yang panjang.



Langgani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk beritahu rakan anda mengenai artikel ini Tell a Friend
Read more
Blog Widget by LinkWithin