Image Credit: Money On GreenAku percaya ramai di antara tuan-tuan sememangnya telah pun mempraktikkan seperti apa yang telah aku ceritakan di post semalam. Tentu kita akan rasa gembira tengok apa yang kita praktikkan itu membolehkan kita berjimat dan mengelakkan diri daripada pembaziran. Tapi seperti yang aku sebutkan di akhir post tersebut, masalah yang tinggal ialah bagaimana untuk mendisiplinkan diri untuk sentiasa merekodkan segala perbelanjaan yang telah kita lakukan. Seboleh-bolehnya bagi aku biarlah aktiviti merekod ini hanya dilakukan di hujung bulan atau boleh aku lakukan terus tanpa perlu ada depan komputer. Aku syukur sebab aku jumpa jalan penyelesaiannya; mungkin tidak sesempurna yang aku harapkan tetapi (bagi aku) memenuhi keperluan dan mengisi kelemahan yang ada sebelum ini.
2. Perkhidmatan secara onlineJangan risau, antara perkhidmatan ini disediakan secara percuma. Cara penggunaan juga mudah dan aku suka menggunakan perkhidmatan secara online ini sebabnya ada antara functionnya yang automatic tanpa perlu aku figure out sendiri seperti di excel.
- 2.1
Ini website yang aku gunakan. Mungkin bukan yang terbaik dalam genrenya tapi bagi aku website ini memenuhi segala yang aku perlukan. Kalau tuan-tuan sedar, didalam kategori-kategori perbelanjaan ini, ada yang jumlahnya (variable) sentiasa tetap (sewa rumah, bayar loan) dan ada yang berubah-berubah (minyak, belanja dapur). Jadi yang tetap aku rekodkan sekali dan setkan yang perbelanjaan itu akan berulang setiap bulan. Bagi yang berubah-ubah pula, apa yang aku lakukan ialah aku cenderung membayar menggunakan kad kredit/debit. Segala transaksi yang aku lakukan akan direkodkan secara automatik dan aku boleh periksa secara online. Daripada situ aku hanya perlu copy sahaja maklumat perbelanjaan aku sekali seminggu/sebulan ke buxfer. Bagi pengguna CIMB, ada function untuk tuan-tuan download maklumat tersebut dalam bentuk CSV, Quicken File dan Microsoft Money. File-file ini bileh di upload terus ke buxfer dan secara automatik segala maklumat akan direkodkan.
Kelebihan - Tidak perlu susah-susah mendaftar. Tuan-tuan boleh login menggunakan Google/Yahoo/Aol/Facebook akaun tuan-tuan. Functionality yang paling aku gemar ialah automatic tagging function dia, yang mana segala maklumat yang dimasukkan akan di tag (dikategorikan) secara automatik. Ini sangat memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Pengguna juga boleh hantarkan sahaja maklumat perbelanjaan melalui email dan secara automatik ianya akan direkodkan dalam website tersebut. Terdapat lagi kebaikan seperti firebux; firefox addon yang mendownload file CSV, Quicken File dan Microsoft Money dari website bank yang ada gunakan dan upload ke buxer secara automatik, tuan-tuan boleh rekod perbelanjaan secara berkumpulan yang sesuai untuk orang yang duduk rumah sewa ramai-ramai dan transfer money.
Kelemahan - apa yang aku tak puas terhadap buxfer setakat ini ialah graf yang disediakan agak kecil dan sukar sedikit untuk aku membandingkan antara satu bulan dengan bulan yang lain. Kemudian, pada awalnya website menyediakan perkhidmatan secara percuma tapi bermula hujung tahun lepas untuk menggunakan perkhidmatannya secara menyeluruh, pengguna kena bayar sedikit yuran setiap bulan walaupun masih menyediakan perkhidmatan asas secara percuma. Untungnya aku menggunakan perkhidmatan ini dari awal, membership aku telah diupgrade tanpa perlu membayar apa.
- 2.2

Asalnya sebelum aku menggunakan buxfer, aku menggunakan website ini. Function asas yang ada pada buxfer ada juga di sini. Konsep utamanya ialah merancang perbelanjaan secara berkomuniti yang mana pengguna akan sentiasa nasihat-menasihati tetang tips berjimat, di mana boleh beli barang murah dan bagaimana boleh elak pembaziran. Sayangnya website ini kurang popular. Setelah beberapa bulan aku pakai aku bertukar ke buxfer.
- 2.3

Aku tidak pernah menggunakan website ini. Tapi apabila buxfer cuba mula untuk mengenakan bayaran, aku mula mencari alternatif lain yang percuma dan wasabe adalah jawapannya. Konsep yang diketengahkan adalah sama seperti MoneyTracker iaitu berkomuniti dan website ini popular dan penuh dengan pengguna yang baik dan berpengalaman.
- 2.4

Ini adalah antara website yang paling advance dalam genre ini yang mana tuan-tuan hanya perlu memasukkan maklumat login internet banking tuan-tuan dan segala proses yang lain akan diuruskan oleh website ini. Sesuai untuk mereka yang kerap berbelanja menggunakan kad/internet daripada menggunakan wang tunai. Segala maklumat akan di analisis, Mint akan memberi nasihat tentang tabiat perbelanjaan tuan-tuan dan mengesyorkan kad yang lebih baik untuk digunakan daripada kad yang tuan-tuan gunakan sekarang. Malah mint juga sudah mula track wang pelaburan tuan-tuan. Sayangnya website ini hanya boleh digunakan oleh warganegara US kerana website mereka hanya boleh mengakses website bank-bank di US sahaja. Kalau ada diantara tuan-tuan yang pandai web design/programming, aku ingin mempelawa tuan-tuan untuk
buat Join Venture cipta Mint versi Malaysia.
3. Telefon bimbitAku rasa ada telefon bimbit yang menyediakan aplikasi untuk merekodkan segala perbelanjaan harian. Dengan kecanggihan telefon bimbit yang ada sekarang ini tidak mustahil ada aplikasi seperti ini. Telefon bimbit adalah antara perkakas yang paling dekat dengan diri kita jadi bagi aku ini mungkin antara jalan penyelesaian paling berkesan. Tinggal cuma apabila size data semakin besar mungkin telefon bimbit tidak lagi dapat menampung. Tapi telefon bimbit aku tidaklah begitu canggih, jadi tiada aplikasi seperti itu yang pernah aku gunakan dan boleh aku syorkan.
Antara persoalan yang mungkin bermain difikiran tuan-tuan sekarang adalah selamatkah menggunakan website-website ini atau adakah privacy terpelihara dan terjamin? Aku tidak menjamin apa-apa tetapi sehingga hari ini semuanya terpelihara yang mana kebanyakkan website di atas menggunakan secure connection (https://) dan aku tidak mengalami apa-apa masalah lagi. Mengapa tidak tuan-tuan cuba terlebih dahulu dan kemudian kemukakan pendapat tuan-tuan di ruangan komen di bawah.