Merujuk kepada post yang lepas, rancangan awal untuk mempromosikan website ini adalah dengan menggunakan teknik-teknik seperti di bawah.
a) Hantar mesej
b) Post di buletin
c) Post di discussion group of mana-mana popular group
d) Post komen/testimonial di popular profile
e) iklankan website kita di dalam friendster
Walaubagaimanapun disebabkan beberapa masalah teknikal, ingin aku tangguhkan dahulu kaedah tersebut dan cuba mempromosikan website itu dengan kaedah lain yang aku rasa mungkin berkesan tetapi dalam lingkungan masih menggunakan friendster. Cara tersebut adalah dengan menggunakan Classifieds di dalam friendster itu sendiri.

Daripada main page, aku pilih untuk negara yang ingin aku promosikan. Kemudian lihat kepada kekotak "Personals". Ada 7 kategori yang mana kita boleh cuba promosi dengan berlainan cara kepada kategori yang berbeza.

Idea promosi ini adalah dengan menghantar mesej kepada mereka-mereka yang mengeluarkan iklan untuk mencari teman hidup/pasangan ini. Pada pendapat aku, mereka ini secara tidak lansung adalah golongan targetted yang mana mereka sedang mencari dan kita akan cuba memberi jalan penyelesaian untuk mereka. Tetapi, tidak juga mustahil yang mana mungkin kebanyakan iklan-iklan yang ada di sana adalah iklan palsu. Walaubagaimanapun kita akan cuba terlebih dahulu dan lihat apa keputusannnya nanti. Terlebih dahulu aku cuba postkan iklan aku sendiri dan reply sendiri kepada iklan tersebut.
Konsep yang sama boleh di cuba kepada website-website lain yang menawarkan perkhidmatan untuk post iklan secara percuma antaranya yang popular di negara tersebut adalah sulit.com.ph dan tentu sekali craiglist.

Akhir sekali aku akan cuba ulang dan ulang teknik ini untuk beberapa tempoh waktu tertentu (mungkin sebulan) dan lihat hasilnya samada cara ini berkesan ataupun tidak. Agak perit untuk reply satu demi satu kepada setiap post iklan yang ada tapi mungkin cara ini berkesan, siapa tahu. Ini masih di peringkat percubaan. Andaikata hasilnya tidak memuaskan kita akan cuba beralih kepada cara yang lain.
Read more