Ini cara aku kira. Mungkin cara kamu lebih baik dan logik. Aku jumlahkan jam aku bekerja untuk sebulan dan bahagikan kepada jumlah gaji yang aku terima; maka aku dapat kurang lebih RM25. Sedikit sangat aku rasa sebenarnya tapi itulah hakikatnya. Maka segala aktiviti aku, aku mula nilai dengan RM25 termasuk segala aktiviti perniagaan internet yang aku lakukan.Bagi aktiviti di didepan komputer, aku cuba mengiranya menggunakan beberapa alatan.
1) Task Coach
Untuk setiap task yang aku akan buat, aku cuba letakkan bajet dengan harga RM25 (seperti dalam kotak merah). Maka setiap saat, minit dan jam yang berlalu secara automatiknya terdarab dengan RM25 dan di tunjukkan di bahagian bawah di sebelah "revenue".

2) Rescue Time
Ini tidaklah aku guna begitu kerap, walhal tidak dapat mendarabkan masa dengan RM25 tersebut secara automatik seperti yang task coach boleh lakukan. Tetapi Rescue Time membolehkan aku mengetahui berapa banyak masa yang telah aku habiskan untuk sesuatu perkara di hadapan komputer dan cuba memperbaiki dan menambah baik dari masa ke semasa.
3) TimeTracker
Ini bukan software tetapi adalah mozilla firefox addon. Gunanya adalah untuk mengetahui berapa banyak telah kita habiskan di browser semata-mata. Penting. Sebab disinilah tempat paling banyak aku buang masa. Maka dengan jumlah jam yang tertera di bawah itu, akan aku darabkan dengan RM25 jua nanti.
Di akhir hari, kiralah berapa banyak masa yang telah kamu habiskan untuk sesesuatu aktiviti itu atau dengan kata lain berapa banyak duit yang telah kamu keluarkan untuk aktiviti tersebut. Maka andaikata aktiviti yang telah kamu lakukan itu tidak mendatangkan pulangan balik, dan tidak pula kamu "berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar", maka perlu sekali kamu memikirkan apa kurangnya aktiviti tersebut.
RM25 masih rendah, menaikkannya sebanyak 3 kali ganda adalah matlamat aku dalam 3 bulan ini.
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"


