Menu Hari Ini

Friday, October 30, 2009

[FPJ] Lelaki Cinta Lelaki

Adalah diriwayatkan bahawa Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH adalah antara golongan yang mendapat perlindungan arasy ketika hari kiamat kelak dan golongan ini juga adalah golongan yang dibenarkan masuk syurga tanpa hisab.

Lelaki Cinta Lelaki oleh HujanEmas_BlogBuatDuit
Image Credit: DS Brokeback Mountain


Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Kita tahu susahnya lelaki untuk masuk syurga berbanding perempuan. Pelbagai beban, tanggungngan dan tanggung jawab yang perlu lelaki pikul yang andaikata terabai satu di antaranya, tidak mustahil boleh mengheretnya ke neraka. Takut tak masuk neraka ?

Maka dengan hadis ini, lelaki telah ditawarkan akan penyelesaian untuk masuk syurga tanpa hisab dengan bercinta sesama mereka. Tidak mustahil aku di-cop lelaki dayus, homoseksual atau gay kiranya aku bercinta dengan lelaki. Memang bukan itu yang hadis tersebut mahu sampaikan tapi tidak mustahil masyarakat akan memandang sebegitu apalagi isteri aku :) .

Ini adalah antara cara jalan masuk syurga yang aku telah pilih dan usaha lama dahulu. Senang nampaknya, bercinta; bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata. Mungkin tuntutannya lebih besar dari itu dan masih banyak yang aku tidak faham.

Aku tidak faham kenapa hanya kepada lelaki ditawarkan ganjaran sebegini. Kemudian apa hebatnya bercinta; bertemu dan berpisah ini sehingga ditawarkan masuk syurga tanpa hisab ini?

Aku musykil dan memerlukan jawapan.

Tapi mungkin kemusykilan ini tidak sepenting yang aku fikirkan.

Tapi ini jalan masyuk syurga!
Aku nak tahu dan mungkin kamu boleh tolong bantu?





Biar kami hantar artikel esok terus ke inbox email kamu dengan memasukkan email add kamu dibawah dan klik subscribe

* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
blog comments powered by Disqus