
Image Credit: 72/365 - And Your Point Is?
Kita sama-sama belajar dari sekolah dahulu yang masa itu emas. Masa itu cukup berharga dan harganya adalah menandingi emas. Sepantas mana kita berlari, sejauh mana kita mencari takkan boleh kita mendapatkan balik satu saat tadi yang telah berlalu. Inilah antara modal paling besar yang kita ada sebenarnya. Inilah emas yang Allah kurniakan kepada kita secara percuma yang perlu kita peralatkan sebaiknya agar dengan emas ini dapat kita tukar ganti kepada sesuatu yang lebih bernilai dari emas dan boleh mendatangkan manfaat yang jauh lebih baik daripada emas.
Masalahnya bagaimana kita memanfaatkan kurniaan emas ini ?
Apakah emas yang mencurah-curah ini kita gunakan sepenuhnya seperti yang sepatutnya?
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Allah swt telah memberikan panduan kepada kita di dalam al-Quran seperti yang ditulis di atas. Tapi hakikatnya, memandangkan masa dan emas ini dikurniakan kepada kita secara percuma, sikit bilangannya manusia yang menghargainya. Tidak terkejar-kejar kita mengguna dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Tidak terfikir kita akan ini aset yang cukup tinggi nilainya semahal emas. Maka bagaimana boleh kita cuba menghargai masa sebaik mungkin ? Ini cadangan aku.
Ingat Mati
Mati memberhentikan pengaliran aset ini. Secara tidak langsung, mati membuatkan kamu sentiasa berfikir dan terfikir akan kemahalan terhad masa emas yang kamu ada sehingga kamu mahu memanfaatkannya sebaik mungkin moga-moga kamu tidak berasa rugi. Dengan "merasa" akan kehadiran mati, tentu sekali kamu tidak akan mensia-siakan masa yang mengalir dan cuba memanfaatkan sebaik mungkin seperti yang dituntut. Dan ini menjadikan kamu menghargai masa.
Tyler’s Eighth Rule of Innovation:Tapi tak perlu takut mati.
“This is your life, and it’s ending one minute at a time.”
First, you have to know, not fear, know that someday you are going to die. Until you know that, you have no sense of urgency. You think you have all the time in the world to do amazing things, but you may not live to see that particular someday.
"Rasa" kan sahaja. Kita cuma merasa.
Mati membuatkan kita merasa tergesa-gesa atau terkejar-kejar. Semuanya mahu cepat. Ini, mungkin perangai yang praktikal untuk meningkatkan produktiviti. Bagus juga untuk seorang usahawan.
That is:
* Urgency drove you to kick X's ass.
* Urgency drove you to rid distractions.
* Urgency drove you to get X done in style.
If you're having trouble:
* getting X done
* meeting your quota
* the yaddas
...create a sense of urgency:
* Set a meeting with the client before you finish the client's demo.
* Give away 20% of your earnings this quarter if you miss your quota.
* Do Y before X, knowing that X is due tomorrow.
* Cut your deadline in half. Then do it again. Then, again. (Then, again.)
Berbalik kepada soalan asal kita, berapa harga 1 jam kamu?
Ini cara aku kira. Mungkin cara kamu lebih baik dan logik. Aku jumlahkan jam aku bekerja untuk sebulan dan bahagikan kepada jumlah gaji yang aku terima; maka aku dapat kurang lebih RM25. Sedikit sangat aku rasa sebenarnya tapi itulah hakikatnya. Maka segala aktiviti aku, aku mula nilai dengan RM25 termasuk segala aktiviti perniagaan internet yang aku lakukan.
Daripada situ, jumlah nilai masa yang aku catatkan dan aku darabkan dengan RM25 itu. Maka dalam menulis blog post ini atau menulis premium content, walaupun tiada wang ringgit yang aku keluarkan sebagai modal, tapi sebenarnya kos pengeluaran untuk semua itu adalah tetap tinggi bergantung jumlah masa yang aku gunakan untuk menghasilkannya.
Hal ini secara tidak langsung mengajar aku untuk menghargai masa dengan sebaiknya (andaikata dilihat dari perspektif perniagaan) dan mati membuatkan aku lebih menghargai masa apatah lagi masa bersama keluarga.
Jadi, berapa pula harga 1 jam kamu ?
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"


