Menu Hari Ini

Thursday, October 22, 2009

Cara Buat Forum Untuk Yang Tidak Pandai IT

Jiran aku mula bertanya macam mana cara buat forum di internet selepas ditubuhkannya kelab belia semalam. Jenuh katanya mencari-cari maklumat berkaitan di google tapi tiada satu pun yang memuaskan hati, katanya. Walaupun tak tahu IT sangat, aku cuba kongsi apa yang aku tentang cara buat forum ini. Aku pun tidak pandai sangat, lagi la bab install software dalam server. Matlamat asal, adalah ingin memiliki forum, jadi aku cuba kongsikan cara untuk memenuhi kehendak yang satu itu dengan pengetahuan IT yang seminima mungkin.

Cuba Tetapkan Tujuan dan Objektif.

Itu yang aku katakan pada jiran aku tu. Kalau setakat nak merapu dan sembang kosong dan kutuk orang sana-sini, tak payah buat forum pun. Pakai yahoo messengger pun boleh. Kalau buat juga mesti meriah seminggu dua sahaja, kemudian kosong dan mesej di dalam tu pun tidak banyak bereply. Buat penat sahaja. Kena tahu; orang macam mana yang nak pakai, perkara apa yang penting yang nak ditulis, dikongsi dan dibincangkan sehingga perlunya buat forum.

Daripada situ, baru boleh nampak forum jenis macam mana yang nak dibuat dan dipakai. Kemudian nak manage dan moderate kemudian hari pun tentu tidak pening kepala.

1) Menggunakan Social Networking

Dia tidak puas hati. Dia tetap mahukan satu forum, arena yang pada fikirannya boleh menjadi tapak untuk semua ahli kelab belianya nanti berdebat dan bertukar fikiran. Jadi aku cadangkan sahaja buat group dalam friendster atau facebook. Dalam group ini masing-masing ada forum atau disebut discussion wall. Walaupun function yang ada adalah amat terhad; seperti tidak boleh pakai html, letak gambar dan sebagainya, tapi ini adalah penyelesaian paling cepat dan mudah. Boleh setting group tersebut public atau private. Dan yang paling aku senang dengan cara ini, setiap ahli tentu ada akaun facebook dan friendster. Jadi tidak perlu setiap ahli untuk mengorbankan email masing-masing mendaftar untuk satu lagi forum baru yang tidak diketahui tenggelam atau timbulnya. Ataupun mengapa tidak bikin social networking sendiri dengan menggunakan perkhidmatan seperti Ning.com ?




2) Menggunakan Hosted Forum

Tapi jiran aku tuh masih tidak bersetuju. Dia mahukan forum yang sama bentuk dan feel macam forum-forum yang terkenal yang pernah dilawatinya. Baru nampak professional katanya. Kalau setakat buat group di facebook atau friendster, mungkin takut digelakkan oleh kelab belia yang lain. Memandangkan dia otak beku IT sama macam aku, aku syorkan sahaja guna forum yang versi hosted. Bermaksud kita boleh buat forum secara percuma dan forum itu akan dihostkan oleh sesesuatu website lain. Sebagai upah, ada sesetengah website tersebut akan meletakkan iklan di dalam forum yang akan dibuat kelak. Kalau nak buang iklan tersebut dan mahu menggunakan nama domain sendiri, mungkin akan dikenakan sedikit bayaran secara bulanan; lain website lain kadar bayarannya. Antara website yang memberi perkhidmatan sebegini adalah:-

Discussion@zoho
Design cantik. Fuction banyak dan paling penting ahli kelab nanti boleh menggunakan google atau yahoo id masing-masing untuk mendaftar masuk dan berforum. Tidak perlu lagi membuang masa mendaftaf kemudia activate email semua. Terus masuk dan terus berforum. Ini satu kemudahan.




Vanilla
Platform ini berasal dari opensource software untuk forum bernama vanilla. Vanilla juga cantik dan mudah diguna. Mudah dikendalikan dan digunakan. Interface pun simple.



Lefora


ProBoards


Dot Easy


Sparklit


ForumMotion


FreeForums



Yang mana terbaik, itu bukan kerja aku untuk menilai. Lain individu, tahap penggunaan dan keperluannya pun tentu lain. Maka yang terbaik untuk mereka mungkin berbeza dengan yang terbaik bagi aku. Cuba dan guna pakai mana yang kamu fikir menarik, dan sekiranya tidak suka tukar sahaja ke platform lain.



Biar kami hantar artikel esok terus ke inbox email kamu dengan memasukkan email add kamu dibawah dan klik subscribe

* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
blog comments powered by Disqus