Sebelum ini telah aku sebutkan tentang internet marketing bukanlah satu-satunya cara untuk buat duit online dan kemudian jenis website yang boleh buat duit. Tapi tanpa idea sesuatu projek dan business sukar untuk bermula. Jadi hari ini aku ingin berkongsi satu idea yang menarik, satu konsep website yang boleh kamu develope.
Ianya bermula dengan cerita dan masalah. Ini dari pengalaman aku sendiri.

Image Credit: 109/365: Super Smart
Aku datang dari keluarga yang sederhana. Bila sampai waktunya aku masuk universiti, betapa seronoknya aku lebih-lebih lagi universiti ini terletak di kawasan bandar besar.
Tapi keseronokan itu sekejap sahaja kerana kos kehidupan dan lebih-lebih pembelajaran adalah amat tinggi. Lagi-lagi buku rujukan. Hampir kebanyakannya seratus ke atas.
Elaun buku pun tidak mencukupi. Nak berpinjam atau berkongsi dengan kawan tentu mendatangkan perasaan kurang senang dan masalah terutamanya bila mendekati waktu peperiksaan. Di perpustakaan pula tidak semuanya ada. Kalau ada pun mungkin habis dipinjam.
Tapi satu hari aku datang melawat bilik kawan seniour untuk berbincang tentang satu projek. Dalam berbincang dan mencari-cari bahan rujukan aku terjumpa buku-buku rujukan yang aku gunakan dalam kuliah dihujung almari, berhabuk seperti sudah lama tidak dibuka. Malah ada 2 3 buku yang sama kepunyaan kawan-kawannya yang lain. Jadi aku tanya..
"Bro, kasi kat aku boleh tak buku ni ?"
"Free tak boleh la, bagi la aku sepuluh ringgit ke," jawabnya dalam keadaan ketawa.
Siapa tak nak. Buku yang berharga hampir seratus ringgit itu dia sanggup jual balik pada harga sepuluh ringgit sahaja. Aku percaya tentu kamu juga pernah mengalami pengalaman yang sama.
Jadi aku fikir tentu bagus kalau ada website yang membolehkan pelajar lama menjual (atau derma) buku-buku rujukan mereka yang sudah tidak lagi digunakan supaya pelajar baru dengan mudah mencari dan membeli buku yang mereka perlukan dengan harga yang murah.
Senangkan? Konsepnya mudah sahaja, sama seperti website yang lain juga; menghubungkan penjual dan pembeli tetapi lebih fokus kepada buku teks dan pelajar. Ini adalah antara idea yang boleh diketengahkan. Tapi perlu juga difikirkan tentang konsep dan bagaimana cara untuk buat duit dari website tersebut.
Aku ada tulis mengenai konsep business model dan revenue stream bagi idea ini dalam bentuk pdf dan dalam bentuk format preseed fund application form supaya mudah dibaca mungkin boleh digunakan untuk tujuan apply RM150 ribu geran preseed fund nanti.
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
.


