
Apa rasanya bila tiba-tiba login dalam akaun adsense dan nampak angka seperti gambar di atas? Kamu pernah merasakannya?
Rasanya mungkin ini adalah antara mimpi dan harapan kamu selama melibatkan diri dalam dunia internet marketing terutamanya seperti buat duit atau jana wang dengan adsense, betul tak? Betul, memang bukan senang nak capai tahan 6 angka dalam duit adsense, kalau dah capai pun belum tentu dapat kekalkan angka tersebut untuk setiap bulan supaya duit adsense boleh menggantikan duit gaji setiap bulan.
Mungkin ada yang telah laburkan duit untuk belajar buat duit dan jana wang adsense ini dengan menghadiri seminar, membeli software, membaca ebook dan sebagainya tapi hasilnya tentu sekali tidak begitu memberansangkan sehingga ke 6 angka. Kerana itu, keadaan ini mendesak diantara kita untuk cuba melakukan perkara yang kurang mendatangkan faedah dengan mula membina scrappage, mencuba jaya beberapa teknik blackhat untuk traffic dan menghantar email-email spam.
Jadi kalaulah kamu masih tak berjaya untuk jana wang dengan adsense kenapa tidak cuba cara lain untuk buat duit online? Adsense bukanlah satu cabang tunggal yang ada. Aku percaya ramai diantara kita yang terjun dalam internet marketing juga adalah antara mereka yang pandai dalam web programming dan web design. Daripada bergantung harap kepada adsense kenapa tidak kamu guna pakai kemahiran yang ada untuk membina website yang boleh buat duit dan mendatangkan faedah kepada pengguna ?
Aku tahu kamu orang yang kreatif dan bijak dalam mengaplikasikan kemahiran kamu dalam php, drupal, wordpress dan joomla tu. Cuba saja bina website yang keuntungannya tidak begitu bergantung kepada traffik dan iklan. Cuba bina website berdasarkan konsep asas internet; iaitu sebagai pengantara, penghubung dan medium marketing. Daripada situ pasti ada idea yang akan muncul. Pasti akan ada mereka yang sedia untuk membayar asalkan website yang dibangunkan memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
Ini yang menjadi trend di luar negara. Website dan syarikat begini yang dicari oleh MSC untuk memberi pinjaman perniagaan dan website sebegini jugalah yang dicari pelabur untuk menggalakkan lagi kemajuan teknologi ICT di Malaysia.
Contoh website sebegini adalah www.myeg.com.my, www.dapat.net dan beberapa lagi. Website sebegini langsung tidak buat duit online dengan adsense tetapi mempunyai monetization method tersendiri melalui website mereka. Aku fikir, tentu kamu pun boleh melakukannya.
Tinggal cuma, mungkin kamu tidak ada idea website bagaimana yang boleh dibina dan diketengahkah ketika ini? Dan yang paling menjadi tanda tanya website bagaimana yang boleh buat duit?
Bacaan Lanjut:-
Meneroka Jenis Website yang Diperlukan dan Menguntungkan
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
.


