
image credit: web 2.0 i$ money
Pada peringkat awal, website adalah medium pengantara di antara satu individu kepada individu yang lain dan internet adalah penghubungnya. Kemudian website digunapakai sebagai medium perniagaan tidak kira samada sebagai "tapak jualan" ataupun alat pemasaran. Kemudian website mula dibina dengan konsep perkhidmatan; pengguna boleh menggunakan perkhidmatan atau teknologi yang disediakan sesuatu website dengan sedikit bayaran.
Sudah semakin banyak website yang dibina berdasarkan konsep sebegini. Ada yang kebanyakannya terus memindahkan teknologi software (yang hanya boleh diinstall dan digunapakai pada satu PC) ke web supaya boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja (untuk tujuan kolaborasi) dan boleh diakses dimana-mana sahaja. Dan konsep sebegini ternyata boleh mendatangkan keuntungan kerana pengguna dikenakan caj secara bulanan dan bukan sekali bayar sahaja.
Cuba lihat pada pasaran luar negara. Kenapa? Kerana permintaannya tinggi dan perkembangan teknologi mereka adalah pesat. Dan kamu boleh membina website bukan hanya untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk pasaran luar negara. Di sini mungkin masih belum tiada permintaan (atau masih belum bersedia dengan teknologi yang bakal kamu perkenalkan). Aku tertarik dengan blogpost ini "6 Awesome Apps Begging to Be Developed" yang menyenaraikan 6 jenis perkhimatan web atau web applikasi yang mempunyai permintaan yang tinggi iaitu:-
1. Real-Time Mobile & Web Sports App
2. Full-Length Movies on Mobiles
3. Multiplayer Augmented Reality Social Gaming
4. Real-Time Social Streams as Gesture-Responsive, Dimensional Displays
5. Shopping App for Thrift Stores
6. Personal Inventory and Shopping App
Dalam pada yang sama YCombinator; antara badan pelabur yang berpengaruh menyenaraikan 30 idea yang mereka rasakan mempunyai peluang cerah dan mereka sendiri sedia untuk melabur kepada pengusaha website yang membangunkan website berdasarkan idea-idea tersebut. Antara yang menarik perhatian aku sendiri adalah:-
7. Something your company needs that doesn't exist.
13. Online learning.
14. Tools for measurement.
16. A form of search that depends on design.
18. The WebOS.
baca selebihnya disini.
Mungkin sekiranya kamu ingin membawa idea dan teknologi yang digunapakai di luar negara ke dalam Malaysia, sambutannya tidak menggalakkan. Apa yang kamu perlu buat adalah localize kan idea tersebut agar lebih mesra memenuhi kehendak pengguna tempatan. Ubahsuai idea dan teknologi tersebut mengikut kesesuaian yang diperlukan.
Aku sendiri ternanti-nanti kamu membina website yang sebegini kerana perkhidmatan web telah banyak memudahkan urusan kerja dan kehidupan aku sehari hari.
Tinggal cuma, adakalanya kita sentiasa merasakan yang setiap idea atau website yang ingin kita bina sudah pun ada. Jadi mungkin kamu berkata, buat apa nak buat website yang konsepnya sama. Tapi perlu kamu tanya diri sendiri kenapa mereka bina facebook walaupun sudah ada myspace dan friendster? Kenapa mereka bina lelong kalau sudah ada ebay dan yahoo auction? Kenapa bina gmail bila sudah ada yahoo mail dan hotmail?
Jangan biarkan pemikiran begini menyekat usaha kamu bila mana mungkin idea yang kamu fikirkan adalah mungkin lebih baik dan mendatangkan lebih banyak keuntungan daripada website yang sedia ada sekarang ini. Website yang sedia ada juga perlukan saingan seperti kamu untuk menjadi yang lebih baik. Apalagi kalau ada badan kerajaan yang sedia berikan bantuan secara percuma untuk kamu membangunkan website yang kamu impikan.
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
.


