Menu Hari Ini

Saturday, September 12, 2009

Mendapatkan Bantuan Dalam Membina Website

Sudah ada idea untuk website apa yang mahu dibina?

Aku pasti tentu kamu ada idea yang tersendiri. Setidak-tidaknya setiap hari melayari internet, tentu ada satu website yang kamu rasakan banyak mendatangkan faedah sehingga kamu sendiri rasa sanggup untuk membayar bagi menggunakannya.

Tapi, biasanya ia tidaklah semudah itu dan kamu tentu sekali memerlukan bantuan; biasanya dalam bentuk kewangan dan kepakaran.

Blog Hujanemas - Mendapatkan Modal dan Bantuan Kewangan dan Kepakaran
Image Credit: One Dying Business to Another

Mana mahu dapatkan duit?

Memperkenalkan preseed fund. Sejak dari post yang pertama dan kedua lagi aku telah menceritakan serba sedikit tentang preseed fund ini. Ia adalah geran kerajaan; satu jenis bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan tanpa perlu dibayar balik, diulangi, tanpa perlu dibayar balik bagi memulakan perniagaan khusus dalam ICT. Kerajaan melalui MDEC dengan kerjasama MSC sanggup menyediakan peruntukan sehingga RM150 ribu bagi membiayai projek website kamu itu.

ICT itu luas; dan tentu sekali tidak terhad kepada buat website semata-mata. Pada dasarnya, geran preseed fund ini menyediakan duit untuk projek ICT dalam kategori berikut:-

a) Creative Multimedia & Content
b) Support Services
c) Software Development
d) Shared Services Outsourcing
e) Internet Based Businesses
f) Hardware Design

Jadi bagi projek website tersebut, tentuk sekali ianya jatuh pada kategori internet based business. Daripada sini kita dapat lihat betapa seriusnya kerajaan dalam memajukan bidang ICT ini, dan kamu seharusnya tidak mensia-siakan peluang ini. Malah skop pembiayaan adalah meliputi:-

§ Detailed Business Plan for commercialisation & venture funding
§ Prototype Development
§ Prototype Market Feasibility Testing
§ IP preparation
§ Company Incorporation
§ MSC Malaysia status application
§ Laptop/desktops/printers
§ Allowance for up to 5 members

Tambahan lagi pelbagai kelengkapan disediakan termasuk software atau apa sahaja peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk membangunkan projek masing-masing. Jadi, masalah kewangan sudah ada jawapannya.

Tapi saya buta IT. Tapi saya buta business.

Sekiranya kamu kekurangan salah satu di antaranya, mungkin adalah lebih cepat mendapatkan bantuan atau kepakaran dari individu lain untuk daripada kamu belajar dari mula. Malah, adalah lebih baik memulakan sesuatu projek berdua daripada berseorangan. Tentu sahaja sekurang-kurangnya ada satu di antara kawan kamu yang sedia bekerjasama. Kalau kamu tidak pandai IT, dapatkan kawan yang pandai atau ambil mereka yang pandai bekerja dengan kamu. Macam kevin Rose pencipta website digg.com

Kevin Rose came up with the idea for Digg in the fall of 2004. He found programmer Owen Byrne through eLance and paid him $10/hour to develop the idea. In addition, Rose paid $99 per month for hosting and $1,200 for the Digg.com domain. In December of 2004, Kevin launched his creation to the world through a post on his blog.

In February of 2005, Paris Hilton’s cell phone was hacked. Images and phone numbers from the phone were posted online and it didn’t take long for a user to post the link on Digg. The site started to receive an enormous amount of traffic and it was then, Rose says, he saw “the power of breaking stories before anyone else.”
Dan sekarang sampai masanya untuk memikirkan tentang business model atau dengan kata lain bagaimana untuk buat duit dengan service website yang kamu bina itu. Mungkin kamu ada komen tentang ini ?



Biar kami hantar artikel esok terus ke inbox email kamu dengan memasukkan email add kamu dibawah dan klik subscribe

* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"




.
blog comments powered by Disqus