Menu Hari Ini

Sunday, September 13, 2009

Idea dan Model Buat Duit dengan Website

Kamu rancang kemudian bina satu website dan dari situ kamu harapkan ia bakal memberikan sedikit pulangan dalam bentuk wang. Mungkin kamu berfikiran letak sahaja iklan, dapatkan traffik dan dari situ boleh dapatkan duit! Tapi andaikata website yang dibangunkan memenuhi kehendak dan permintaan, mungkin ada pengguna yang sedia membayar untuk menggunakan website tersebut. Dari situ seni membuat duit mungkin sedikit bertukar. Cuba lihat video dibawah.

<div><a href='http://www.omnisio.com'>Share and annotate your videos</a> with Omnisio!</div>
*ini video yang beserta slide


*video ini mungkin lebih cepat loading tapi tanpa slide

Dalam video di atas, David Heinemeier ingin menekankan yang mana walaupun pada zaman ini terdapat banyak sekali web yang memberi perkhidmatan secara percuma, kamu masih perlu mengenakan bayaran kepada pengguna kamu. Dan terdapat banyak cara dan corak untuk melakukannya.

Disinilah letaknya kepentingan business model.

Business model adalah seni membuat duit daripada sesesuatu sistem dan daripada business model inilah kita boleh mengetahui daripada duit keluar masuk dan seterusnya dari mana datang keuntungan.

Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, website basecamp mengenakan bayaran secara bulanan dan ianya terbahagi kepada 3 pakej iaitu Max, Plus dan Basic. Daripada model ini kamu boleh cuba untuk mengaplikasikannya kepada jenis dan bentuk perkhidmatan yang lain.

Adakalanya kita tidak perlu memikirkan atau mencipta satu jenis business model yang baru kerana itu tidak menjanjikan keuntungan. Cuba dan guna pakai terlebih dahulu business model yang telah ada dan sedang diguna pakai (oleh orang lain) kerana ianya telah terbukti berkesan dan mendatangkan keuntungan.

Selepas itu, barulah cuba mendefinisikan semula business model yang ada itu dan cuba mengaplikasikannya kembali ke dalam pasaran tersebut.

Lakukan sedikit kajian dan perhatikan business model yang sedia ada. Ambil kesempatan ke atas kelemahan dan peluang yang mereka tertinggal.

Cuba baca article ini; "Pricing your product" tentang tips bagaimana meletakkan harga. Mungkin juga business model di negara luar tidak kena dengan kita tapi tentu sekali ada kesinambungan antara keduanya, apa pendapat kamu ?





Biar kami hantar artikel esok terus ke inbox email kamu dengan memasukkan email add kamu dibawah dan klik subscribe

* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"




.
blog comments powered by Disqus