
Tempohari aku ada baca ebook baru yang bertajuk 5 bucks a day. 5 bucks a day adalah ebook yang cuba menekankan kepada kita bahawa dalam mencapai kejayaan, fokus adalah penting. Focus adalah kunci utama dalam kejayaan peniagaan ini dan dalam mencapai impian dan target yang kita harapkan. Dan fokus adalah antara faktor utama yang perlu diberi perhatian andaikata sekiranya sehingga hari ini masih belum berjaya buat duit di internet. Sehingga penulis ebook 5 bucks a day ini; Dennis Becker menafsirkan fokus sebagai
F - find a project that will move me towards my $200 goal
O - occupy myself with nothing else until I finish that project
C - concentrate on the tasks that make up that single project
U - understand that nothing else is more important
S - succeed
Dalam pada itu aku terfikir yang mana sebenarnya kita orang Islam telah diajar dan diasuh untuk fokus dalam hidup kita sehari-sehari tanpa kita sedari iaitu khusyuk dalam solat.
Siapa kata khusyuk dalam solat adalah perkara yang mudah?
Ya, bukan mudah untuk diri aku sendiri khusyuk dalam solat. Setelah dari kecil diajar solat kepayahan untuk khusyuk di dalam solat masih terasa. Begitu banyak perkara yang bermain di minda sehingga membuatkan kepala otak ini bercelaru dan sukar untuk terasa khusyuk dan menumpukan sepenuh perhatian ketika solat. Ini bermakna fokus juga bukan perkara mudah apalagi kalau berada di hadapan komputer. Maka adalah penting untuk melatih dan membiasakan diri dengan tabiat fokus ini.
Jadi tidak hairanlah, mereka yang berjaya khusyuk di dalam solat adalah mereka yang berjaya. Andaiakata mengkhusyukkan diri dalam solat; antara perkara paling susah ini berjaya dilakukan, fokus dalam bidang lain pun tentu sekali bukanlah satu cabaran lagi.
Entah bagaimanalah sebenarnya rasa khusyuk dalam solat...
Apakah sama rasa khusyuk solat aku dan orang lain..?
Image Credit: Gold Maple Leaf
*Dapatkan lagi fikir-fikir pagi jumaat melalui email atau RSS Reader dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang fikir ini.
.


