Menu Hari Ini

Friday, August 28, 2009

[FPJ] Filem The Secret

HujanEmas_BlogBuatDuit

Begitu kata Khalid al-Walid; cara fikir dan sikap yang pertama perlu ada untuk menentukan kemenangan. Bagi aku, asalnya yang lahir di minda tentu la dari hati. Terdetik hati akan sesuatu membuahkan perasaan mahu juga tidak mahu di minda, yang akan memandu kita bagi memenuhi kemahuan/ketidak mahuan sehingga memuaskan apa yang terdetik di hati tadi. Aku tak sangkalkan kekuatan minda. Meneroka potensi minda sendiri adalah sesuatu yang menarik. Sebesar mana kuasa minda ini, apa yang mampu aku buat dengan hanya menggunakan minda ini masih aku cari-cari. Dan semuanya bermula dari minda.

Dalam satu talk mlm ni, aku diperkenalkan dengan satu self-help movie bertajuk The Secret; yang mana dalam movie ini mengetengahkan idea bahawa minda adalah penggerak dan juga magnet yang mampu menarik dari alam sekeliling bagi memenuhi kehendak minda kita. Kita hajatkan apa yang kita mahu di minda, secara tidak lansung hajat itu akan di-broadcast ke seluruh dunia dan dunia(universe) akan uruskan selebihnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah menyediakan diri untuk berada di paksi yang sama seperti apa yang telah kita hajatkan tadi di minda kita. Secara teori ia melalui 3 peringkat:-

  1. Tanya (ask) - tanya kepada diri kita apa yang kita mahukan
  2. Jawab (answer) - jawab persoalan diatas dengan sedetail mungkin; tanam dalam minda apa jawapan kita itu
  3. Terima/Bergerak (receive/act) - peka ngan signal dari alam sekeliling dan sesuaikan diri dengan paksi hajat kita. Rebut peluang yang kita rasakan itulah jalan untuk memenuhi hajat dan kehendak tadi.
Betul ke bende ni? Bagi aku betul, telah cuba eksperimen beberapa kali dan banyak memberi hasil yang positif. Ini bukan satu kuasa magic tapi ini logis pemikiran yang datang dari diri sendiri sebenarnya. Meyakini sedalam-dalamnya akan apa yang kita mahukan tentu sekali itu yang bakal kita dapat. Allah ader berfirman dalam quran.

Walaupun The Secret dikatakan adalah antara produk New Thought tapi aku selalu yakin yang segala ajaran baik/bagus/berguna ini tentu sekali juga berpunca dari satu sumber yang baik iaitu Islam dan Allah swt. Antara isi yang bagus dalam tuh ialah betapa bagusnya kita sentiasa rasa berterima kasih atau dengan kata mudahnya rasa bersyukur.

Rasa bersyukur mampu melahirkan rasa ketenangan dan bahagia dalam diri dan bukankah itu yang sentiasa dituntut dalam Islam? Rasa syukur ini mampu generate kuasa minda yang tinggi menguatkan lagi kuasa minda yang mahukan sesuatu dan secara tak lansungnya rasa syukur ini menggalakkan kita untuk sentiasa think positif; dengan sendirinya ini menambahkan keyakinan dalam diri dan memantapkan kekuatan dalaman diri.

Dalam ending, mereka manghuraikan yang mana disebalik semua ini ada tenaga yang secara automatiknya menggerakkan dan bertindak balas dengan kuasa minda kita. Bagi aku itu tentu sekali boleh dikaitkan dengan dzat Allah swt. Wujud kuasa minda yang mahukan sesuatu ialah seolah-olah kita berdoa. Universe yang disebutkan dalam filem ini adalah kuasa tuhan; kuasa Allah swt yang menjawab dan memberi tindak balas ke atas segala keinginan dan permohonan kita. Tidakkah selalu kita katakan kepadaNya "kepada Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah yang kami pinta pertolongan"

Sejauh mana potensi minda aku, aku tak tahu macam mana nak kaji kalau ada yang sudi tunjuk ajar..

Image Credit: Orange Bloom



*Dapatkan lagi fikir-fikir pagi jumaat dengan mudah melalui email atau dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.




.
blog comments powered by Disqus