
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini adalah antara cabang pelaburan orang kita yang paling popular. Dan hari ni konsep ASB OD mendapat perhatian dan menarik minat ramai. Bab hukum pula, dah lama dibincangkan dan kata putusnya pun telah dicapai yang mana Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukumnya adalah harus. Tapi aku rasa masih ramai lagi orang yang keliru dalam hal ini. Lebih-lebih lagi bila ada orang arif agama yang mengeluarkan pendapat peribadi mengatakan ASB ini tetap haram hukumnya berdasarkan beberapa fatwa lain seperti ustaz zaharudin berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Selangor:
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Benda yang macam inilah yang terus menimbulkan keraguan dalam ASB sebenarnya. Jadi bila nak guna duit ASB itu untuk buat ibadah macam pegi haji mestila rasa was-was.
Bila mana timbul syak dan wasangka hukum terhadap sesuatu bukankah itu adalah syubhah dan nabi menasihatkan supaya kita menghidarkan diri daripadanya?
Tak perlu pun susah hati kalau betul-betul ASB adalah haram dan kita orang Islam kene tinggalkannya sebab ASB bukanlah satu jalan tunggal untuk pelaburan. Melabur sajalah dengan emas. Emas itu nyata dan tetap akan ada nilainya walau kemana pun kita bawa. Jadi melabur dengan emas adalah stabil, dan hukum halal haramnya adalah jelas lebih-lebih lagi kalau kita sendiri yang menguruskannya. Kita lihat satu senario perbandingan antara melabur menggunakan mata wang dan juga menggunakan emas.
Pada tahun 2003 harga emas 1 gram adalah RM30. Harga kereta honda civic adalah RM90 ribu. Jadi kita memerlukan 3000 gram emas untuk membeli kereta honda civic tersebut. Tetapi pada tahun 2009 harga emas segram adalah RM115. Manakala harga kereta honda civic yang baru adalah RM130ribu.
Jadi kita hanya memerlukan 1130 gram emas untuk membeli kereta honda civic baru pada tahun 2009. Anda sendiri lihat walaupun terdapat kenaikan harga kereta tetapi bagi emas harga sesebuah kereta itu semakin menurun.
Pada 2003, untuk membeli kereta, kita perlukan 3000 gram emas. Tetapi, pada tahun 2009 kos untuk membeli kereta turun tinggal 1130 gram emas sahaja.
Dari sini kita boleh nampak dengan memilih emas sebagai aset pelaburan adalah sesuatu yang menguntungkan. Tapi masalahnya dimana nak belajar pelaburan emas ini dan beli kereta baru ?
Klik sini untuk mengetahui dan mempelajari lebih lanjut tentang "realiti pelaburan emas"-->
*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.
.


