Menu Hari Ini

Friday, February 20, 2009

Kenapa Tuan-Puan Perlu Melanggani Blog HujanEmas

Istilah melanggan mungkin juga merujuk kepada perbuatan kotor dan kurang gemar didengari. Tetapi konsep melanggan di sini adalah sama dengan tuan-puan melanggan surat khabar dan majalah setiap hari/bulan cuma di blog HujanEmas segalanya adalah percuma. Blog HujanEmas sentiasa dikemas kini dan tuan-puan tidak perlu membazirkan masa untuk sentiasa memeriksa blog ini bagi membaca artikel terbaru dengan melanggan blog ini melalui 2 cara:-

  • 1. Email

Sekiranya tuan-puan lebih selesa untuk mendapatkan artikel-artikel terbaru melalui email, masukkan email kedalam kekotak di bawah.



Kemudian tuan-puan akan dibawa ke muka seperti gambar dibawah. Masukkan perkataan seperti yang tertera di muka tersebut dan klik "Complete Subscription Request". Setiap pembaca mungkin akan menerima perkataan yang berlainan.

HujanEmas_BlogBuatDuit_feedburner

Setelah tuan-puan melihat gambar di bawah, cuba periksa email box tuan-puan untuk mengesahkan email address tuan-puan. Klik pada link yang terdapat di dalam email tersebut dan email tuan-puan akan dikenal pasti dan disahkan. Kami tidak akan menyalahgunakan email address tuan-puan dan tuan-puan boleh membatalkan langganan ini pada bila-bila masa melalui link yang terdapat dalam setiap email yang di hantar.

HujanEmas_BlogBuatDuit_Subscription

  • 2. RSS Feed

RSS adalah satu bentuk dokumen format ringkas yang membolehkan tuan-puan sentiasa mendapat artikel dan perkembangan terbaru dari sesebuah blog atau mana-mana website yang tuan-puan lawati. Bila tuan-puan melanggani RSS feed, feed reader yang tuan-puan gunakan akan memeriksa website yang dilanggani untuk mendapatkan artikel yang terbaru. Lihat video dibawa (di dalam bahasa Inggeris) untuk penerangan lebih lanjut.



Apa yang tuan-puan perlu lakukan ialah:-

1. Daftar di mana-mana feedreader percuma (Google Reader atau Bloglines)

2. Klik di link ini untuk melanggani Blog Hujan Emas

3. Sekarang tuan-puan boleh semak feed reader setiap hari untuk melihat samada terdapat apa-apa artikel baru yang telah ditulis oleh HujanEmas.

Kesemua artikel boleh dibaca secara terus dari feed reader tersebut. Tuan-puan juga boleh mula untuk melanggan RSS feed dari website lain mungkin seperti website surat khabar Utusan, Berita Harian atau The Star.
blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin