
Image Credit: 清水高美│volar e ii
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.
Datang lagi tahun yang baru, tahun yang dijangka penuh mencabar dan menduga dengan pelbagai krisis yang bakal membawa kesusahan terutama kepada ekonomi dunia. Dalam pada itu, kalau kita lihat dari aspek yang lebih positif mungkin ini boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan usaha kita dalam mencapai segala matlamat dan impian yang kita reka awal tahun ini. Hampir sekian lama blog ini tidak berupdate, maka aku mulakan post tahun ini dengan salam maal hijrah dan tahun baru (walaupun dah sedikit terlambat), sedikit sebanyak tentang 2008 dan matlamat aku khusus untuk blog hujan-emas,blogspot.com ini.
Selepas pulang ke Malaysia, dengan masuknya kita ke tahun 2009 ini maka hampir genaplah 2 tahun aku berada di sini. 2008 banyak membuka mata aku akan peluang yang sedia dalam dunia internet untuk mencari rezeki dengan pembacaan aku terhadap segilintir blog dan post forum di forum-forum yang terkenal di Malaysia ini. Hakikatnya sudah begitu ramai orang yang kaya dengan internet, malah aku pun sedar akan potensi internet tetapi niat untuk aktif secara keseluruhan belum ada apatah lagi diri ini dikuasai oleh rasa M. Pelbagai cara, kaedah, sumber dan teknik yang boleh kita guna untuk menjana duit dan model dan idea bisnes di internet tidak terhad. Tinggal usaha dan sikap yang menjadi penghalang.
Kemudian, sekitar penghujung 2008 blog ini dimulakan dengan matlamat untuk mencuba konsep atau teknik 'buat duit dengan blog'. Sebenarnya tak banyak yang telah diusahakan dan tak banyak perancangan yang telah dirancang untuk matlamat itu maka hasilnya juga tidak lah begitu memberansangkan. Idea ada, tapi masa, usaha, dan komitmen yang kurang menyebabkan matlamat untuk 'buat duit dengan blog' itu sukar (dan tentu sekali) tidak tercapai.
Walaubagaimanapun, hadirnya 2009 ini, aku nak ubah matlamat aku untuk blog ini. Aku tidak lagi mengharapkan untuk 'buat duit dengan blog' ini lagi. Di dalam blog ini kelak akan dikongsikan segala rancangan dan gerak kerja dalam menggali potensi internet untuk menjana duit. Blog ini bakal aku jadikan scrapbook, notepad dan aku akan postkan segala hasil research atau ujikaji yang aku buat. Diharap pembaca juga sudi untuk mengemukakan pendapat dan berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan post aku di ruang komen. Secara mudah aku katakan, matlamat blog ini adalah platform untuk aku curahkan segala apa yang aku terfikir mengenai 'buat duit secara online' dan dalam masa yang sama aku ingin meraih 1001 pembaca, kenalan dan rakan-rakan yang juga buat duit secara online baru melalui blog ini.
Selain itu, dalam 2009 ini juga aku akan teruskan niat untuk mempromosi dan memperkasakan nama brand HujanEmas ini. Syarikat sudah aku daftarkan dengan nama HujanEmas. Domain pun sudah dibeli. Tinggal promosi yang belum cukup lagi. Moga-moga tahun 2009 ini juga bakal mencorak pelbagai kenangan dan semoga segala matlamat yang aku tulis ini tercapai.
Pustaka HujanEmas telah aku kemas kini.
Banyak ebook yang telah ditambah. Adalah amat dialu-alukan untuk sesiapa yang sudi untuk berkongsi apa-apa bahan ilmiah di dalam pustaka HujanEmas.
Sekian


