
Image Credit : Stop the Madness
Berikutan dengan pengumuman menteri penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, RTM bakal menjalankan penstrukturan semula RTM dengan menambahkan lagi saluran televisyen sehingga 19 saluran dengan matlamat untuk menampung program-program televisten syarikat tempatan, peluang niaga untuk pengusaha program televisyen tempatan meluas.
Tambahan, RTM sedia untuk mengutamakan program televisyen atau drama temapatan khususnya yang berlatar belakangkan Sabah dan Sarawak untuk mengkomersialkan 2 negeri tersebut bukan sahaja di mata pelancong tetapi termasuk rakyat Malaysia sendiri khususnya di Semenanjung ini. Peluang ini sebegini adalah berita baik buat mereka yang berminat dan merancang untuk membuka rumah produksi sendiri. Lambakan program televisyen luar di televisyen tempatan banyak menutup peluang syarikat tempatan malah banyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton. Ini kerana kebanyakan rancangan-rancangan televisyen tersebut boleh dilihat dari sumber yang lain dan lebih cepat dari masa tayangan di televisyen tempatan.
Walaupun rancangan ini mengambil masa dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi, masa yang ada boleh digunakan untuk mempromosikan brand atau rancangan-rancangan yang bakal diterbitkan untuk mengumpul sejumlah peminat dan penonton mungkin sekali di internet supaya pihak RTM atau mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memilih program di televisyen tertarik dengan rancangan anda.
p/s:- hairan mengapa utusan menyebutnya sebagai industri kreatif tetapi bukan industri hiburan. Harap tidak timbul masalah birokrasi yang tinggi..


