Ini adalah artikel terakhir dalam siri ini. Terima kasih atas segala komen yang telah anda berikan di dalam entri-entri sebelum ini. Untuk maklumat lanjut ikuti
Siri 1 dan
Siri 2. . Berikut adalah jawapan ketiga yang popular dan antara jawapan juga cadangan lain dari pembaca.
Ketiga: Iklan- Anda perlu keluarkan sedikit wang untuk perniagaan anda. Iklankan perniagaan anda.
- Saya percaya bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan lancar dan berjaya, anda perlu melakukan kombinasi antara mengiklan dan menjual (
advertising and selling). Iklan anda perlu direka dengan bijak dan cermat supaya tiada wang dibazirkan. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan percuma sekarang ini hanya kreativiti dan usaha anda sajalah sempadannya.
Bonus 1 : Jangan meminjam sekiranya anda tiada pelanggan- Pada pendapat saya, elakkan meminjam sekiranya anda tiada pelanggan. Elakkan seboleh-bolehnya
Bonus 2 : Sewakan tempat iklan di website anda- Antara cara terbaik untuk mula menjana wang ialah dengan menyewakan kotak iklan di website. Anda boleh mulakan dengan
Google Adsense atau cuba sesuatu yang lebih original seperti tempah iklan di website anda dengan harga yang berpatutan. Saya percaya menjalan perniagaan secara
online adalah lebih mudah berbanding secara
offline. Sekiranya perniagaan anda secara
online begitu menggalakkan, mengapa tidak anda teruskannya atau beralih kepada secara
offline pula. Ini akan lebih mudah kerana anda telah ada pelanggan anda sendiri.
Bonus 3 : Networking / Referrals- Adakan
networking link. Mungkin anda boleh mula dengan persatuan usahawan tempatan, kelab-kelab parti politik dan orang-orang di masjid. Jangan bazirkan wang anda ke jalan yang tiada faedah. Pentingkan marketing anda.
Bonus 4 : Hadkan perbelanjaan anda- Saya fikir, antara jalan lain untuk mula mendapatkan keuntungan ialah dengan menghadkan kos pengeluaran/perniagaan. Ramai yang berfikir ketika mula berniaga meraka mendapat pinjaman/loan, membelanjakan wang tersebut tanpa had kerana beranggapan wang tersebut akan ditebus kembali nanti. Untuk jangka panjang, ya tetapi untuk tempoh 3 atau 6 bulan? Kurangkan berbelanja kepada barangan yang anda
rasa anda perlu
Bonus 5 : Simpan wang keuntungan- Simpan wang keuntungan anda. Kunci di sini ialah perkembangan perniagaan anda.
Bonus 6 : Laksanakan Rancangan persediaan anda - Rancang dan laksanakan rancangan perniagaan anda. Ini akan menambahkan nilai kualiti dan memenuhi kehendak masyarakat
Apakah pula idea anda? Kongsi bersama kami dan pembaca yang lain di ruangan komen di bawah.